Dengar podcast pada iPhone
Dalam app Podcast , anda boleh memainkan episod, mendengar episod semasa anda di luar talian, mengesetkan pemasa tidur dan menggunakan kawalan main balik.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Mainkan episod terbaharu podcast ‘The Daily’.” Ketahui cara meminta Siri.
Mainkan podcast
Ketik episod.
Untuk meneruskan menonton dari tempat anda tinggalkan dalam rancangan, atau menyambung memainkan episod sebelumnya, ketik Dengar, kemudian skrol ke bahagian bawah skrin dan ketik episod di bawah Terbaharu Dimainkan.
Petua: Untuk melompat ke masa tertentu dalam episod, seret gelangsar di bawah karya seni rancangan.
Setkan pemasa tidur
Anda boleh mengesetkan pemasa tidur supaya main balik berhenti secara automatik selepas tempoh masa yang ditentukan.
Ketik pemain di bahagian bawah skrin untuk membuka skrin Kini Dimainkan.
Skrol ke atas pada skrin Kini Dimainkan, ketik Pemasa Tidur, kemudian pilih pilihan.
Gunakan kawalan main balik
Buka skrin Kini Dimainkan, kemudian gunakan sebarang kawalan berikut.
Kawalan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Main | ||||||||||
![]() | Jeda | ||||||||||
![]() | Lompat ke belakang 15 saat Untuk menukar bilangan saat yang anda langkau ke belakang, pergi ke Seting > Podcast, kemudian ketik Balik. | ||||||||||
![]() | Lompat ke depan 30 saat Untuk menukar bilangan saat yang anda langkau ke hadapan, pergi ke Seting > Podcast, kemudian ketik Maju. | ||||||||||
![]() | Pilih kelajuan main balik yang lebih laju atau lebih perlahan | ||||||||||
![]() | |||||||||||
![]() | Pilih lebih tindakan seperti berkongsi atau memuat turun episod |