Gunakan Apple Watch dengan iPhone
Pasangkan Apple Watch dengan iPhone
Pada iPhone anda, ketik app Apple Watch , kemudian ikuti arahan atas skrin.
Lihat Sediakan dan pasangkan Apple Watch anda dengan iPhone dalam Panduan Pengguna Apple Watch. (Apple Watch dijual secara berasingan.)
Buka kunci iPhone dengan Apple Watch
Apabila anda memakai Apple Watch anda (Series 3 dan lebih baharu), anda boleh menggunakannya untuk membuka kunci iPhone anda dengan selamat (model dengan Face ID) semasa anda memakai pelitup muka (watchOS 7.4 atau lebih baharu diperlukan).
Nota: Pada model iPhone 13, anda tidak perlu menggunakan Apple Watch untuk membuka kunci iPhone semasa anda memakai pelitup muka. Lihat Sediakan Face ID pada iPhone.
Untuk membenarkan Apple Watch membuka kunci iPhone anda, lakukan yang berikut:
Pergi ke Seting
> Face ID & Kod Laluan.
Skrol ke bawah, kemudian aktifkan Apple Watch (di bawah Buka Kunci dengan Apple Watch).
Jika anda mempunyai lebih daripada satu jam, aktifkan seting untuk setiap jam.
Untuk membuka kunci iPhone anda semasa anda memakai Apple Watch anda dan pelitup muka, angkat iPhone atau ketik skrin iPhone untuk membangunkannya, kemudian lihat sekilas pandang pada iPhone anda.
Nota: Untuk membuka kunci iPhone anda, Apple Watch anda mesti mempunyai kod laluan, dibuka kunci dan berada pada pergelangan tangan anda serta berdekatan dengan iPhone anda.
Berlatih dengan Apple Fitness+
Digunakan bersama Apple Watch, Apple Fitness+ ialah perkhidmatan langganan yang membolehkan anda memilih daripada katalog latihan yang dibimbing oleh pelatih pakar. Semasa anda mengikuti latihan pada iPhone anda, metrik dalam sesi seperti kadar jantung dan kalori dibakar (yang ditangkap oleh jam anda) kelihatan pada skrin anda. (watchOS 7.2 atau lebih baharu diperlukan; ketersediaan Apple Fitness+ berbeza mengikut negara atau rantau.)
Lihat Semua tentang Apple Fitness+ dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Kumpul data kesihatan dan kecergasan daripada Apple Watch
Apple Watch boleh menghantar data tentang kesihatan dan kecergasan anda ke iPhone untuk anda lihat dalam Kesihatan. Apple Watch juga boleh menghantar pemberitahuan tentang kadar jantung tinggi, kadar jantung rendah, bunyi persekitaran yang lantang dan banyak lagi ke iPhone anda.
Lihat Jejak maklumat kesihatan penting dalam Panduan Pengguna Apple Watch.