Gunakan Akses Dibantu pada iPhone
Akses Dibantu membantu anda kekal fokus pada satu tugas dengan mengehadkan iPhone pada satu app tunggal buat sementara dan membenarkan anda mengawal ciri app yang tersedia. Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Nyahdayakan kawasan pada skrin yang tidak berkaitan dengan tugas, atau kawasan di mana gerak isyarat tidak disengajakan mungkin menyebabkan gangguan perhatian
Nyahdayakan butang perkakasan iPhone
Hadkan tempoh masa seseorang boleh menggunakan app
Sediakan Akses Dibantu
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Akses Dibantu, kemudian aktifkan Akses Dibantu.
Laraskan mana-mana yang berikut:
Seting Kod Laluan: Ketik Setkan Kod Laluan Akses Dibantu, kemudian masukkan kod laluan.
Anda juga boleh mengaktifkan Face ID (pada iPhone dengan Face ID) atau Touch ID (pada iPhone dengan butang Utama) sebagai cara untuk menamatkan sesi Akses Dibantu.
Had Masa: Mainkan bunyi atau sebutkan masa yang tinggal sebelum sesi Akses Dibantu tamat.
Pintasan Kebolehcapaian: Aktifkan atau nyahaktifkan pintasan semasa sesi Akses Dibantu.
Kunci Auto Paparan: Setkan tempoh masa yang diambil oleh iPhone untuk mengunci secara automatik semasa sesi Akses Dibantu.
Mulakan sesi Akses Dibantu
Buka app yang anda mahu gunakan.
Aktifkan Akses Dibantu menggunakan pintasan kebolehcapaian.
Bulatkan sebarang kawasan skrin yang anda mahu nyahdayakan. Seret topeng ke kedudukan atau gunakan pemegang untuk melaraskan saiznya.
Ketik Pilihan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:
Butang Tidur/Bangun
Butang Kelantangan
Pergerakan (untuk menghalang iPhone daripada bertukar daripada potret ke landskap atau daripada membalas kepada pergerakan lain)
Papan Kekunci
Sentuh
Had Masa
Ketik Mula.
Tamatkan sesi Akses Dibantu
Pada iPhone dengan Face ID: Dwiklik butang sisi, kemudian buka kunci dengan Face ID (jika didayakan). Atau klik tiga kali butang sisi, kemudian masukkan kod laluan Akses Dibantu.
Pada iPhone dengan butang Utama: Dwiklik butang Utama, kemudian buka kunci dengan Touch ID (jika didayakan). Atau klik butang Utama tiga kali, kemudian masukkan kod laluan Akses Dibantu.