Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar bahasa dan rantau pada iPhone
Anda memilih bahasa dan rantau iPhone anda semasa persediaan. Jika anda melancong atau pindah, anda boleh menukar bahasa atau rantau.
Pergi ke Seting
> Umum > Bahasa & Rantau.
Setkan yang berikut:
Bahasa untuk iPhone
Rantau
Format kalendar
Unit suhu (Celsius atau Fahrenheit)
Untuk menambah bahasa dan papan kekunci lain pada iPhone anda, ketik Tambah Bahasa, kemudian pilih bahasa.