Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Padam mesej pada iPhone
Dalam app Mesej , anda boleh memadam mesej dan keseluruhan perbualan. Anda tidak boleh memulihkan semula perbualan dipadam.
Dengan Mesej dalam iCloud, perkara yang anda padamkan daripada iPhone juga dipadamkan daripada peranti Apple lain anda dengan Mesej dalam iCloud diaktifkan. Lihat Gunakan Mesej dalam iCloud.
Padam mesej
Sentuh dan tahan gelembung mesej, kemudian ketik Lagi.
Pilih gelembung mesej yang anda mahu padam, kemudian ketik
.
Padam perbualan
Dalam senarai Mesej, leret ke kiri pada perbualan.
Ketik Padam.