Lihat pautan yang dikongsi dengan anda pada iPhone
Dalam app Safari , anda boleh melihat dan mengatur pautan yang rakan anda kongsi dengan anda. Apabila rakan berkongsi pautan dengan anda dalam perbualan Mesej, anda boleh mencarinya dalam Dikongsi dengan Anda dalam Safari. (Safari mesti diaktifkan dalam Seting
> Mesej > Dikongsi dengan Anda dan rakan anda mesti berada dalam senarai kenalan anda dalam Kenalan.)
Lihat pautan dikongsi pada halaman permulaan anda
Ketik
, kemudian ketik
untuk membuka tab baharu.
Skrol ke bawah, kemudian ketik Edit.
Aktifkan Dikongsi dengan Anda.
Petua: Anda boleh menyesuaikan tempat pautan dikongsi kelihatan pada halaman permulaan anda. Sentuh dan seret
untuk menyusun semula halaman permulaan anda.
Buka pautan dikongsi dalam Safari
Anda boleh melihat pautan dikongsi dengan anda dalam Mesej pada halaman permulaan anda.
Ketik
, kemudian ketik
.
Skrol ke bawah ke Dikongsi dengan Anda.
Petua: Anda boleh melihat orang yang berkongsi pautan dengan anda disenaraikan di bawah setiap pratonton. Ketik butang di bawah pratonton pautan untuk membuka perbualan Mesej yang mengandungi pautan.
Keluarkan pautan dikongsi daripada Dikongsi dengan Anda
Sentuh dan tahan pratonton imej pautan yang anda mahu keluarkan.
Ketik Keluarkan Pautan.
Alihkan pautan dikongsi ke Kumpulan Tab
Sentuh dan tahan pratonton imej pautan yang anda mahu alihkan, kemudian ketik Buka dalam Kumpulan Tab.
Pilih Kumpulan Tab, atau ketik Kumpulan Tab Baharu untuk mencipta satu.
Anotasi dan simpan halaman web sebagai PDF
Anda boleh menandakan halaman web, menyerlahkan bahagian kegemaran anda, melukis dan menulis nota dan berkongsi dokumen anda sebagai PDF dengan orang lain.
Ketik
.
Ketik Penanda
, kemudian pilih alat.
Ketik Selesai, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyimpan halaman dianotasi anda sebagai PDF.
Untuk mengetahui lanjut tentang Dikongsi dengan Anda, lihat Gunakan Mesej untuk menerima dan berkongsi kandungan dengan rakan pada iPhone.