Maklumat Jalur Ultralebar
Jalur Ultralebar tersedia pada model iPhone 11 dan lebih baharu dan ketersediaan berbeza mengikut rantau.
Apabila penggunaan Jalur Ultralebar dilarang dalam rantau anda, seperti semasa berada dalam kapal terbang, Jalur Ultralebar boleh dinyahaktifkan dengan mengaktifkan mod pesawat. Untuk mengaktifkan mod pesawat, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik . Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan mod pesawat dalam Seting
. Apabila mod pesawat aktif,
kelihatan dalam bar status.
Australia: Pemancar Jalur Ultralebar mestilah tidak dikendalikan dalam jarak yang dicadangkan daripada tapak radio-astronomi Australia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jarak yang dicadangkan, sila rujuk Radiocommunications (Low Interference Potential Devices) Class Licence 2015 yang diterbitkan oleh Australian Communications and Media Authority.