Maklumat Jalur Ultralebar
Jalur Ultralebar tersedia pada model iPhone 11, iPhone 12, iPhone 13 dan iPhone 14, serta ketersediaan berbeza mengikut rantau.
Jalur Ultralebar mestilah dinyahaktifkan apabila menaiki kapal terbang, kapal laut dan rantau yang tidak dibenarkan lain dengan mengaktifkan mod pesawat. Untuk mengaktifkan mod pesawat, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik . Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan mod pesawat dalam Seting
. Apabila mod pesawat aktif,
kelihatan dalam bar status.
Australia: Pemancar Jalur Ultralebar mestilah tidak dikendalikan dalam jarak yang dicadangkan daripada tapak radio-astronomi Australia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jarak yang dicadangkan, sila rujuk Radiocommunications (Low Interference Potential Devices) Class License 2015 yang diterbitkan oleh Australian Communications and Media Authority.