Mula semula paksa iPhone
Jika iPhone tidak bertindak balas dan anda tidak boleh mematikannya dan kemudian menghidupkannya, cuba paksanya untuk mula semula.
Nota: Langkah untuk memulakan semula iPhone secara paksa bergantung pada model. Untuk mengetahui model yang anda miliki, lihat artikel Sokongan Apple Kenal pasti model iPhone anda.
Jika iPhone tidak bermula semula selepas anda mencuba langkah ini, lihat artikel Sokongan Apple Jika iPhone anda tidak dapat dihidupkan atau beku. Jika iPhone anda tidak berfungsi seperti dijangka selepas anda memulakannya semula, lihat tapak web Sokongan iPhone.
Paksa mula semula iPhone dengan Face ID
Untuk mula semula paksa iPhone X, iPhone XS, iPhone XR, atau sebarang model iPhone 11, iPhone 12, atau iPhone 13, lakukan yang berikut:
Tekan dan lepaskan butang tingkatkan kelantangan dengan cepat, tekan dan lepaskan butang turunkan kelantangan dengan cepat, kemudian tekan dan tahan butang sisi. Apabila logo Apple muncul, lepaskan butang.

Mula semula paksa iPhone 8 atau iPhone SE (generasi ke-2 dan lebih baharu)
Tekan dan lepaskan butang tingkatkan kelantangan dengan cepat, tekan dan lepaskan butang turunkan kelantangan dengan cepat, kemudian tekan dan tahan butang sisi. Apabila logo Apple muncul, lepaskan butang.

Mula semula paksa iPhone 7
Tekan dan tahan butang turunkan kelantangan dan butang Tidur/Bangun pada masa yang sama. Apabila logo Apple muncul, lepaskan kedua-dua butang.

Mula semula paksa iPhone 6s atau iPhone SE (generasi pertama)
Tekan dan tahan kedua-dua butang Tidur/Bangun dan butang Utama pada masa yang sama. Apabila logo Apple muncul, lepaskan kedua-dua butang.
