Lihat peta pada iPhone
Dalam app Peta , anda boleh mencari lokasi anda pada peta dan zum masuk dan keluar untuk melihat butiran yang anda perlukan.
Pada model disokong dan di bandar terpilih, Peta memberikan butiran dipertingkat untuk ketinggian, jalan, pokok, bangunan, tanda tempat dan banyak lagi. (Untuk ketersediaan, lihat Pengalaman Bandar Terperinci pada Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.)

AMARAN: Untuk maklumat penting tentang navigasi dan mengelakkan gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.
Benarkan Peta untuk menggunakan lokasi tepat anda
Untuk mencari lokasi anda dan menyediakan arah yang tepat, iPhone mesti disambungkan ke internet dan Lokasi Tepat mesti diaktifkan.
Jika Peta memaparkan mesej bahawa Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan: Ketik mesej, ketik Aktifkan dalam Seting, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi.
Jika Peta memaparkan mesej bahawa Lokasi Tepat dinyahaktifkan: Ketik mesej, ketik Aktifkan dalam Seting, ketik Lokasi, kemudian aktifkan Lokasi Tepat.
Kadar data selular mungkin dikenakan (lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone).
Nota: Untuk mendapatkan maklumat berkaitan lokasi yang berguna dalam Peta, biarkan Lokas Penting diaktifkan dalam Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem.
Tunjukkan lokasi semasa anda
Ketik butang .
Kedudukan anda ditandakan di tengah peta. Bahagian atas peta ialah utara. Untuk menunjukkan arah anda berbanding utara di bahagian atas, ketik . Untuk terus menunjukkan utara, ketik
atau
.
Pilih peta yang betul
Butang di bahagian kanan atas peta menunjukkan jika peta semasa digunakan untuk meneroka , memandu
, menaiki transit
, atau melihat daripada satelit
. Untuk memilih peta yang berbeza, lakukan yang berikut:
Ketik butang di bahagian atas kanan.
Pilih jenis peta yang berbeza, kemudian ketik
.
Lihat peta 3D
Pada peta 2D, lakukan satu daripada yang berikut:
Seret dua jari ke atas.
Pada peta Satelit, ketik 3D berdekatan bahagian kanan atas.
Pada model disokong dan di bandar terpilih, ketik 3D berdekatan bahagian kanan atas. (Lihat Pengalaman Bandar Terperinci pada Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.)
Pada peta 3D, anda boleh melakukan yang berikut:
Laraskan sudut: Seret dua jari ke atas atau bawah.
Lihat bangunan dan ciri-ciri kecil lain dalam 3D: Zum masuk.
Kembali ke peta 2D: Ketik 2D berhampiran bahagian kanan atas.
Gerak, zum dan putarkan peta atau glob 3D
Bergerak dalam peta: Seret peta.
Zum masuk atau keluar: Dwiketik (biarkan jari anda pada skrin selepas ketikan kedua), kemudian seret ke atas untuk mengezum masuk atau seret ke bawah untuk mengezum keluar. Atau, cubit buka atau tutup pada peta.
Pada peta 2D, skala kelihatan di penjuru kiri atas semasa anda menzum. Untuk menukar unit jarak, pergi ke Seting
> Peta, kemudian pilih Dalam Batu atau Dalam Kilometer.
Putarkan peta: Sentuh dan tahan peta dengan dua jari, kemudian putar jari anda.
Untuk menunjukkan utara di bahagian atas skrin selepas anda memutarkan peta, ketik
.
Lihat bumi dengan glob 3D interaktif: Zum keluar sehingga peta bertukar menjadi glob. Seret glob untuk memutarnya, atau zum masuk atau keluar untuk meneroka butiran untuk banjaran gunung, gurun, lautan dan banyak lagi (model disokong).
Tambah nama pada Peta, atau laporkan isu dengan Peta
Ketik gambar atau parap anda di sebelah medan carian, kemudian ketik Laporkan.
Jika anda tidak melihat gambar atau parap anda, ketik Batal di sebelah medan carian, atau ketik medan carian, kemudian ketik Batal.
Pilih salah satu pilihan, kemudian berikan maklumat anda.
Apple komited untuk memastikan maklumat peribadi tentang lokasi anda selamat dan peribadi. Untuk mengetahui lebih lanjut, pergi ke Seting > Peta, kemudian ketik Perihal Peta Apple dan Privasi.