Lihat peta pada iPhone
Dalam app Peta , cari lokasi anda pada peta dan zum masuk dan keluar untuk melihat butiran yang anda perlukan.
Untuk mencari lokasi anda, iPhone mesti disambungkan ke Internet dan Perkhidmatan Lokasi mesti aktif. (Lihat Setkan app yang boleh mengakses lokasi anda pada iPhone.) Kadar data selular mungkin dikenakan. (Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone.)
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang navigasi dan mengelakkan gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.
Tunjukkan lokasi semasa anda
Ketik butang .

Kedudukan anda ditandakan di tengah peta. Bahagian atas peta adalah utara. Untuk menunjukkan arah anda berbanding utara di bahagian atas, ketik . Untuk terus menunjukkan utara, ketik
atau
.
Pilih antara paparan jalan raya, transit dan satelit
Ketik , pilih Peta, Transit, atau Satelit, kemudian ketik
.
Jika maklumat transit tidak tersedia, ketik Lihat App Penghalaan untuk menggunakan app bagi pengangkutan awam dan mod lain.
Gerak, zum dan putarkan peta
Bergerak dalam peta: Seret peta.
Zum masuk atau keluar: Dwiketik dan tahan jari anda pada skrin, kemudian seret ke atas untuk mengezum masuk atau seret ke bawah untuk mengezum keluar. Atau, cubit buka atau tutup pada peta.
Skala muncul di penjuru kiri atas semasa anda menzum. Untuk menukar unit jarak, pergi ke Seting
> Peta, kemudian pilih Dalam Batu atau Dalam Kilometer.
Putarkan peta: Sentuh dan tahan peta dengan dua jari, kemudian putar jari anda.
Untuk menunjukkan utara di bahagian atas skrin selepas anda memutarkan peta, ketik
.
Lihat peta 3D
Pada peta jalan atau transit 2D: Seret dua jari ke atas.
Pada peta satelit 2D: Ketik 3D berhampiran bahagian kanan atas.
Semasa melihat peta 3D, anda boleh melakukan yang berikut:
Laraskan sudut: Seret dua jari ke atas atau bawah.
Lihat bangunan dan ciri-ciri kecil lain dalam 3D: Zum masuk.
Kembali ke peta 2D: Ketik 2D berhampiran bahagian kanan atas.