Gunakan Strim Foto Saya pada iPhone
Gunakan Strim Foto Saya dengan app Foto untuk melihat foto terbaru pada iPhone, iPad, atau iPod touch. Simpan sehingga 1000 imej selama 30 hari secara automatik tanpa menggunakan ruang storan iCloud atau Foto iCloud.
Strim Foto Saya memuat naik foto terkini anda ke iCloud secara automatik supaya anda boleh melihatnya pada peranti yang tidak menggunakan Foto iCloud. (Strim Foto Saya tidak memuat naik Live Photos atau video.) Anda mesti mendaftar masuk pada semua peranti menggunakan Apple ID yang sama.
Aktifkan Strim Foto Saya
Strim Foto Saya tidak dikira dalam storan iCloud anda dan hanya menyimpan imej pegun. Foto anda dimuat naik secara automatik apabila anda meninggalkan app Kamera dan bersambung ke Wi-Fi, tetapi pengeditan tidak dikemas kini merentas semua peranti.
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Foto, kemudian aktifkan Muat Naik ke Strim Foto Saya.
Jika anda baru-baru ini mencipta Apple ID anda, Strim Foto Saya mungkin tidak tersedia. Jika Strim Foto Saya tidak tersedia, gunakan Foto iCloud untuk menyimpan foto dan video anda dalam iCloud.
Nota: Strim Foto Saya dinyahaktifkan secara automatik jika anda menggunakan Foto iCloud.
Simpan foto daripada Strim Foto saya ke iPhone anda
Imej dalam Strim Foto Saya kekal dalam iCloud untuk 30 hari––selepas itu ianya dikeluarkan. Untuk menyimpan foto ini, anda mesti menyimpannya daripada Strim Foto Saya ke iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Dalam tab Album, ketik Strim Foto Saya.
Ketik Pilih, kemudian pilih semua foto yang anda mahu simpan.
Ketik
, kemudian ketik Simpan Imej.
Uruskan foto dalam Strim Foto Saya
Ketik album Strim Foto Saya, ketik Pilih, kemudian ketik lakukan mana-mana daripada berikut:
Simpan syot terbaik anda ke iCloud atau peranti anda: Pilih foto, kemudian ketik Tambah Ke.
Kongsi, cetak atau salin: Pilih foto, kemudian ketik
.
Padam foto: Pilih foto, kemudian ketik
.
Walaupun foto yang dipadamkan dikeluarkan daripada Strim Foto Saya pada semua peranti anda, foto asal kekal dalam Foto pada peranti foto diambil. Foto yang anda simpan ke album lain pada peranti atau komputer juga tidak dipadamkan.
Foto dalam Strim Foto Saya tidak termasuk dalam storan iCloud anda dan disimpan selama 30 hari di iCloud (sehingga 1000 foto). Muat turun foto ke iPhone, iPad, iPod touch, atau komputer anda jika anda mahu menyimpannya secara kekal. Lihat artikel Sokongan Apple Foto Strim Saya.