Gunakan Siri untuk memainkan muzik pada iPhone
Anda boleh menggunakan Siri untuk mengawal main balik muzik dalam app Muzik .
Gunakan Siri
Panggil Siri, kemudian buat permintaan anda. Siri menyokong pelbagai jenis perintah:
Main Apple Music: Anda boleh memainkan sebarang lagu (“Mainkan ‘I’m a Mess’ oleh Bebe Rexha”), artis (“Mainkan Ariana Grande”), album, senarai main, atau stesen. Anda boleh memainkan muzik pada peranti didayakan AirPlay 2 dalam bilik yang khusus (“Mainkan album terbaru oleh Christina Aguilera di bilik tamu”). Anda juga boleh memainkan lagu popular dari tahun berbeza (“Mainkan lagu teratas dari tahun 1990”).
Biarkan Siri menjadi DJ peribadi anda: Sebut sesuatu seperti “Mainkan Campuran Rehat saya” atau “Mainkan sesuatu yang saya suka.”
Tambahkan muzik daripada Apple Music ke pustaka anda: (Langganan Apple Music diperlukan) Sebut, contohnya, “Tambah ‘Nobody’ oleh Mitski ke Pustaka saya.” Atau semasa memainkan sesuatu, sebutkan “Tambah ini ke pustaka saya.”
Tambah lagu atau album ke senarai main: Semasa memainkan lagu, sebut sesuatu seperti “Tambah lagu ini ke senarai main Latihan saya” atau “Tambah album ini pada senarai main Waktu Pagi Ahad saya”.
Ketahui lebih lanjut mengenai lagu semasa: Sebut “Apa yang sedang dimainkan?”, “Siapa yang menyanyikan lagu ini?”, atau “Lagu ini oleh siapa?”
Mainkan lagu berdasarkan liriknya: Sebut “Mainkan lagu dengan lirik” dan kemudian sebut frasa penting daripada lirik.
Siri juga boleh membantu anda mencari muzik dalam iTunes Store. Lihat Dapatkan muzik, filem, rancangan TV dan banyak lagi dalam iTunes Store pada iPhone.