Lakukan tindakan cepat pada iPhone
Pada skrin Utama, dalam Pusat Kawalan dan dalam app, anda boleh menggunakan menu tindakan cepat, lihat pratonton dan banyak lagi.
Lakukan tindakan cepat daripada skrin Utama
Pada skrin Utama, sentuh dan tahan app untuk membuka menu tindakan cepat.

Contohnya:
Sentuh dan tahan Kamera
, kemudian pilih Ambil Swafoto.
Sentuh dan tahan Peta
, kemudian pilih Hantar Lokasi Saya.
Sentuh dan tahan Nota
, kemudian pilih Nota Baru.
Nota: Jika anda sentuh dan tahan app terlalu lama sebelum memilih tindakan cepat, semua app mula bergoyang. Ketik Selesai (pada iPhone dengan Face ID) atau tekan butang Utama (pada model iPhone lain), kemudian cuba lagi.
Lihat pratonton dan menu tindakan cepat lain
Dalam Foto, sentuh dan tahan imej untuk pratontonnya dan lihat senarai pilihan.
Dalam Mail, sentuh dan tahan mesej dalam peti mel untuk mempratonton kandungan mesej dan melihat senarai pilihan.
Buka Pusat Kawalan, kemudian sentuh dan tahan item seperti Kamera atau kawalan kecerahan untuk melihat pilihan.
Pada skrin Kunci, sentuh dan tahan pemberitahuan untuk membalas.
Semasa menaip, sentuh dan tahan bar Space dengan satu jari untuk menukar papan kekunci anda menjadi trackpad.