Gunakan kaedah input istimewa pada iPhone
Pada iPhone, anda boleh menggunakan papan kekunci istimewa, jari anda, atau stilus untuk memasukkan sesetengah bahasa dalam cara berbeza. Beberapa contoh ialah Cangjie dan Wubihua Cina, Kana Jepun dan Facemarks. Anda juga boleh menggunakan jari anda atau stilus untuk menulis aksara Cina pada skrin.
Bina aksara Cina daripada kekunci Cangjie komponen
Semasa anda menaip, aksara yang dicadangkan akan muncul.
Untuk memilih aksara, taipnya, atau terus menaip sehingga lima komponen untuk melihat lebih banyak pilihan.
Bina aksara Wubihua (goresan) Cina
Gunakan pad kekunci untuk membina aksara Cina menggunakan sehingga lima goresan dalam urutan tulisan yang betul: mendatar, menegak, kiri jatuh, kanan jatuh dan cangkuk.
Sebagai contoh, aksara Cina 圈 (bulatan) patut dimulakan dengan goresan menegak 丨.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Semasa anda menaip, cadangan aksara Cina muncul (aksara yang paling lazim digunakan muncul dahulu). Ketik aksara untuk memilihnya.
Jika anda tidak pasti mengenai goresan yang betul, masukkan asterisk (*). Untuk melihat lagi pilihan aksara, taipkan goresan lain, atau skrol menerusi senarai aksara.
Ketik kekunci padanan (匹配) untuk menunjukkan hanya aksara yang sepadan tepat dengan apa yang anda taip.
Tulis aksara Cina
Tulis aksara Cina terus pada skrin dengan jari anda apabila input tulisan tangan Cina Ringkas atau Cina Tradisional diaktifkan (pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci > Tambah Papan Kekunci Baru).
Semasa anda menulis goresan aksara, iPhone mengecamnya dan menunjukkan aksara dan ramalan yang sepadan di atas kawasan tulisan tangan. Untuk membesarkan kawasan tulisan tangan, seret pemegang di atas cadangan. Ketik cadangan untuk menggunakannya.

Taip kana Jepun
Gunakan pad kekunci Kana untuk memilih suku kata.
Untuk lebih banyak pilihan suku kata, seret senarai ke kiri atau ketik kekunci anak panah.
Taip romaji Jepun
Gunakan papan kekunci Romaji untuk menaip suku kata.
Pilihan alternatif muncul di sepanjang bahagian atas papan kekunci.
Ketik kosa kata untuk menaipnya.
Untuk lebih banyak pilihan suku kata, ketik kekunci anak panah dan pilih suku kata atau perkataan lain daripada tetingkap.
Taip tanda muka atau emotikon
Lakukan salah satu daripada berikut:
Gunakan papan kekunci Kana Jepun: Ketik
.
Gunakan papan kekunci Romaji Jepun: Ketik
, kemudian ketik
.
Gunakan papan kekunci Bahasa Cina (Ringkas) Pinyin atau (Tradisional) Zhuyin atau Pinyin: Ketik
, ketik
, kemudian ketik
.