Tambah atau keluarkan peranti dalam Cari pada iPhone
Sebelum anda boleh menggunakan app Cari untuk mencari iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch, atau AirPods yang hilang, anda perlu menambahkannya ke Cari.
Untuk iPhone, iPad, iPod touch, Mac (dengan macOS Catalina) dan Apple Watch anda, Cari juga menyertakan ciri yang dipanggil Kunci Pengaktifan yang menghalang sesiapa sahaja daripada mengaktifkan dan menggunakan peranti anda, walaupun ia telah dipadamkan sepenuhnya. Lihat artikel Sokongan Apple Kunci Pengaktifan untuk iPhone, iPad dan iPod touch, Perihal Kunci Pengaktifan pada Mac anda dan Perihal Kunci Pengaktifan pada Apple Watch anda.
Tambah iPhone, iPad, atau iPod touch
Untuk peranti dengan iOS 13, iPadOS 13 atau lebih baru, ikut arahan di bawah. Untuk peranti dengan iOS 12 atau lebih baru, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Cari iPhone Saya pada semua peranti anda.
Pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > Cari.
Jika anda diminta untuk mendaftar masuk, masukkan Apple ID anda. Jika anda tiada Apple ID, ketik “Tidak mempunyai Apple ID atau terlupa?” kemudian ikut arahan.
Ketik Cari [peranti] Saya, kemudian aktifkan Cari [peranti] Saya.
Aktifkan mana-mana yang berikut:
Dayakan Pencarian Luar Talian: Apabila peranti anda tidak disambungkan ke Wi-Fi atau selular, Cari boleh mencarinya menggunakan Bluetooth.
Hantar Lokasi Terakhir: Jika paras cas bateri anda menjadi sangat rendah, lokasinya dihantar ke Apple serta-merta.
Tambah Mac
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dengan macOS Catalina: Klik Apple ID, kemudian klik iCloud.
Dengan macOS 10.14 atau lebih awal: Klik iCloud.
Jika anda diminta untuk mendaftar masuk, masukkan Apple ID anda. Jika anda tiada Apple ID, klik “Tidak mempunyai Apple ID atau terlupa?” kemudian ikut arahan.
Pilih Cari Mac Saya, kemudian klik Benarkan.
Apabila anda memilih Cari Mac Saya pada Mac dengan macOS Catalina, Pencarian Luar Talian diaktifkan. Pencarian Luar Talian membenarkan Mac anda untuk dicari menggunakan Bluetooth apabila Mac anda tidak disambungkan ke Wi-Fi. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, klik Pilihan, kemudian klik Nyahaktifkan bersebelahan Pencarian Luar Talian.
Tambah Apple Watch atau AirPods
Apple Watch: Pasangkan jam anda dengan iPhone yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.
AirPods: Pasangkan AirPods anda dengan iPhone, iPad, atau iPod touch yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.
Tambah peranti ahli keluarga
Anda boleh melihat peranti ahli keluarga anda dalam Cari jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga dahulu. Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga pada iPhone. Peranti mereka kelihatan di bawah peranti anda dalam senarai Peranti.
Anda tidak boleh menambahkan peranti rakan pada Cari. Rakan yang kehilangan peranti boleh pergi ke icloud.com/find dan mendaftar masuk dengan Apple ID mereka.
Keluarkan peranti
Apabila anda mengeluarkan peranti, Kunci Pengaktifan dinyahaktifkan.
Keluarkan iPhone, iPad, atau iPod touch: Pada peranti, pergi ke Seting > [nama anda] > Cari, kemudian nyahaktifkan Cari [peranti] Saya. Masukkan kata laluan Apple ID anda, kemudian ketik Nyahaktifkan. (Pada iOS 12 atau lebih awal, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.)
Keluarkan Mac: Pada Mac, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem. Klik Apple ID, klik iCloud (atau hanya iCloud pada macOS 10.14 atau lebih awal), kemudian nyahpilih Cari Mac Saya. Masukkan kata laluan Apple ID anda, kemudian klik Teruskan.
Keluarkan Apple Watch atau AirPods: Nyahaktifkan Apple Watch atau simpan AirPods dalam bekasnya. Kemudian, dalam Cari pada iPhone anda, pilih peranti luar talian dan ketik Keluarkan Peranti Ini, kemudian ketik Keluarkan.
Untuk mengelakkan Apple Watch atau AirPods daripada muncul semula, nyahpasangnya dalam Seting Bluetooth pada semua peranti anda.
Nota: Anda juga boleh mengeluarkan iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac anda dengan mendaftar keluar sepenuhnya pada peranti tersebut dalam Seting atau Keutamaan Sistem. Mendaftar keluar akan menyahaktifkan semua ciri iCloud pada peranti. Lihat artikel Sokongan Apple Daftar keluar daripada iCloud pada iPhone, iPad, iPod touch, Apple TV, atau Mac anda.
Keluarkan peranti yang anda tidak lagi miliki
Jika anda tidak lagi memiliki peranti kerana anda memberikannya kepada orang lain atau menjualnya, anda perlu memadamkannya dari jauh sebelum anda boleh mengeluarkannya.
Dalam senarai Peranti, ketik peranti yang anda mahu keluarkan.
Disebabkan peranti bukan hilang, jangan masukkan nombor telefon atau mesej.
Jika peranti di luar talian, pemadaman jauh bermula pada kali seterusnya ia bersambung ke rangkaian Wi-Fi atau selular. Anda akan menerima e-mel apabila peranti dipadam.
Apabila peranti dipadam, ketik Keluarkan Peranti Ini, kemudian ketik Keluarkan.
Semua kandungan anda dipadamkan, Kunci Pengaktifan dinyahaktifkan dan orang lain kini boleh mengaktifkan peranti tersebut.