Gunakan iPhone untuk mencari
Apabila anda mencari pada iPhone, anda mendapat hasil daripada Internet, daripada media dan kandungan lain pada iPhone anda, daripada App Store dan iTunes Store dan daripada app anda, seperti Peta dan Kenalan. Dikuasakan oleh Siri, Carian menawarkan cadangan dan mengemas kini hasil semasa anda menaip. Dalam Seting , anda boleh menentukan app yang anda mahu sertakan dalam hasil carian.
Cari dengan iPhone
Leret ke bawah dari bahagian tengah skrin Utama.
Ketik medan carian, kemudian masukkan apa yang anda cari.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Sembunyikan papan kekunci dan lihat lebih banyak hasil pada skrin: Ketik Cari.
Buka app dicadangkan: Ketik padanya.
Dapatkan lebih maklumat tentang cadangan carian: Ketiknya, kemudian ketik salah satu hasil untuk membukanya.
Mulakan carian baru: Ketik
dalam medan carian.
Pilih app untuk disertakan dalam Carian
Pergi ke Seting
> Siri & Carian.
Skrol ke bawah, ketik app, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan dalam Carian.
Nyahaktifkan Cadangan dalam Carian
Pergi ke Seting > Siri & Carian, kemudian nyahaktifkan Cadangan dalam Carian.
Nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk cadangan
Pergi ke Seting
> Privasi > Perkhidmatan Lokasi.
Ketik Perkhidmatan Sistem, kemudian nyahaktifkan Cadangan Berdasarkan Lokasi.
Cari dalam app
Kebanyakan app menyertakan medan carian atau butang cari jadi anda boleh mencari sesuatu dalam app. Contohnya, dalam app Peta, anda boleh mencari lokasi khusus.
Dalam app, ketik medan atau butang cari
(jika ada).
Jika anda tidak melihat medan atau butang cari, leret ke bawah dari atas.
Taip carian anda, kemudian ketik Cari.