Ambil Live Photo dalam FaceTime pada iPhone
Apabila anda sedang dalam panggilan video dalam app FaceTime , anda boleh mengambil Live Photo FaceTime untuk menangkap detik perbualan anda (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Kamera merakam perkara yang berlaku sejurus sebelum dan selepas anda mengambil foto, termasuk audio, supaya anda boleh lihat dan dengarnya kemudian seperti yang sebenarnya terjadi.
Untuk mengambil Live Photo FaceTime, mula-mula pastikan Live Photo FaceTime diaktifkan dalam Seting > FaceTime, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada panggilan dengan seorang yang lain: Ketik
.
Pada panggilan FaceTime Kumpulan: Ketik jubin orang yang anda mahu ambil gambar, ketik
, kemudian ketik
.
Kedua-dua anda akan menerima pemberitahuan bahawa gambar telah diambil dan Live Photo disimpan dalam app Foto anda.