Buat panggilan pada iPhone
Untuk memulakan panggilan dalam app Telefon , dail nombor pada pad kekunci, ketik panggilan kegemaran atau terbaru, atau pilih nombor dalam senarai Kenalan.
Dail nombor
Minta Siri. Sebut “panggil” atau “dail” diikuti oleh nombor. Sebutkan lima digit secara berasingan—sebagai contoh, “empat satu lima, lima lima lima….” Untuk kod kawasan 800 di A.S., anda boleh menyebut “lapan ratus.” Ketahui cara meminta Siri.
Atau lakukan yang berikut:
Ketik Pad Kekunci.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Gunakan talian berbeza: Pada model dengan Dwi SIM, ketik talian di bahagian atas, kemudian pilih talian.
Masukkan nombor menggunakan pad kekunci: Jika anda membuat kesilapan, ketik
.
Dail semula nombor terakhir: Ketik
untuk melihat nombor terakhir yang anda dail, kemudian ketik
untuk memanggil nombor itu.
Tampal nombor yang anda telah salin: Ketik medan nombor telefon di bahagian atas pad kekunci, kemudian ketik Tampal.
Masukkan jeda lembut (2 saat) Sentuh dan tahan kekunci bintang (*) sehingga koma muncul.
Masukkan jeda keras (untuk menjedakan panggilan sehingga anda mengetik butang Dail): Sentuh dan tahan kekunci tanda pagar (#) sehingga koma bertitik muncul.
Masukkan “+” untuk panggilan antarabangsa: Tekan dan tahan kekunci “0” sehingga “+” muncul.
Ketik
untuk memulakan panggilan.
Untuk menamatkan panggilan, ketik .
Panggil kegemaran anda
Ketik Kegemaran, kemudian pilih satu untuk membuat panggilan.
Pada model dengan Dwi SIM, iPhone memilih talian untuk panggilan dalam tertib berikut:
Talian diutamakan untuk kenalan ini (jika disetkan)
Talian digunakan untuk panggilan terakhir atau daripada kenalan ini
Talian suara lalai
Untuk mengurus senarai Kegemaran anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah kegemaran: Ketik
, kemudian pilih kenalan.
Susun semula atau padamkan kegemaran: Ketik Edit.
Dail semula atau hubungi semula panggilan terbaru
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Dail semula nombor terakhir” atau “Panggil semula panggilan terakhir saya.” Ketahui cara meminta Siri.
Anda juga boleh melakukan yang berikut:
Ketik Terbaru, kemudian pilih satu untuk membuat panggilan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang panggilan dan pemanggil, ketik
.
Lencana merah menunjukkan bilangan panggilan tidak dijawab.
Panggil seseorang pada senarai Kenalan anda
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Hubungi telefon bimbit Eliza.” Ketahui cara meminta Siri.
Atau lakukan yang berikut:
Dalam app Telefon, ketik Kenalan.
Ketik kenalan, kemudian ketik nombor telefon yang anda mahu panggil.
Pada model dengan Dwi SIM, talian suara lalai digunakan untuk panggilan kecuali anda mengesetkan talian diutamakan untuk kenalan ini.
Tukar seting panggilan keluar anda
Pergi ke Seting
> Telefon.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan Tunjukkan ID Pemanggil Saya: (GSM) Nombor telefon anda ditunjukkan dalam Nombor Saya. Untuk panggilan FaceTime, nombor telefon anda dipaparkan walaupun ID pemanggil dinyahaktifkan.
Aktifkan Bantuan Pendailan untuk panggilan antarabangsa: (GSM) Apabila Bantuan Pendailan diaktifkan, iPhone menambah prefiks antarabangsa atau setempat yang betul secara automatik apabila anda memanggil kenalan dan kegemaran anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara membuat panggilan (termasuk kadar dan caj lain yang mungkin dikenakan), hubungi pembawa anda.
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.