Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Sediakan FaceTime pada iPhone
Dalam app FaceTime , anda boleh membuat panggilan video atau audio kepada rakan dan keluarga, sama ada mereka menggunakan iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac. Dengan kamera depan, anda boleh bercakap secara bersemuka; bertukar ke kamera belakang untuk berkongsi perkara yang anda lihat di sekeliling anda. Untuk menangkap detik perbualan anda, ambil Live Photo FaceTime.
Nota: FaceTime, atau sesetengah ciri FaceTime, mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Pergi ke Seting
> FaceTime, kemudian aktifkan FaceTime.
Jika anda mahu mengambil Live Photos semasa panggilan FaceTime, aktifkan Live Photos FaceTime.
Masukkan nombor telefon anda, Apple ID, atau alamat e-mel untuk digunakan dengan FaceTime.