Uruskan kad dan aktiviti Apple Pay pada iPhone
Dalam Wallet , uruskan kad yang anda guna untuk Apple Pay dan semak transaksi terbaru anda.
Lihat maklumat untuk kad dan tukar setingnya
Dalam Wallet, ketik kad.
Nota: Transaksi terakhir mungkin muncul, menunjukkan amaun dibenarkan yang mungkin berbeza daripada amaun bayaran yang dicaj ke akaun anda. Contohnya, stesen minyak mungkin meminta kebenaran untuk $99, walaupun anda mengepam minyak hanya sebanyak $25. Untuk melihat caj terakhir, lihat penyata daripada pengeluar kad anda, yang menyertakan semua transaksi Apple Pay.
Ketik
, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik Transaksi untuk melihat sejarah terbaru anda. Untuk menyembunyikan maklumat ini, nyahaktifkan Sejarah Transaksi. Untuk melihat semua aktiviti Apple Pay anda, lihat penyata dari pengeluar kad anda.
Lihat empat digit terakhir dari nombor kad dan Nombor Akaun Peranti—nombor kad dihantar ke peniaga.
Tukar alamat pengebilan.
Keluarkan kad daripada Wallet.
Tukar seting Apple Pay anda
Pergi ke Seting
> Wallet & Apple Pay.
Pilih pilihan seperti yang berikut:
Dwiklik Butang Sisi: (pada iPhone dengan Face ID) Kad dan pas anda muncul pada skrin apabila anda mendwiklik butang sisi.
Dwiklik Butang Utama: (pada iPhone dengan butang Utama) Kad dan pas anda muncul pada skrin apabila anda mendwiklik butang Utama.
Benarkan Bayaran pada Mac: Benarkan iPhone untuk sahkan bayaran pada Mac berdekatan anda.
Keluarkan kad anda daripada Apple Pay jika iPhone anda hilang atau dicuri
Jika anda mengaktifkan Cari iPhone Saya, gunakannya untuk membantu mencari dan melindungi iPhone anda.
Untuk mengeluarkan kad anda daripada Apple Pay, lakukan mana-mana daripada berikut:
Pada Mac atau PC: Daftar masuk ke akaun Apple ID anda. Dalam bahagian Peranti, klik iPhone yang hilang. Di bawah senarai kad, klik Keluarkan semua.
Pada iPhone, iPad, atau iPod touch lain: Pergi ke Seting
> [nama anda], ketik iPhone yang hilang, kemudian ketik Keluarkan Semua Kad (di bawah Apple Pay).
Panggil pengeluar kad anda.
Jika anda mengeluarkan kad, anda boleh menambahnya lagi kemudian.
Nota: Jika anda mendaftar keluar daripada iCloud dalam Seting > [nama anda], semua kad kredit dan debit anda untuk Apple Pay dikeluarkan daripada iPhone. Anda boleh menambah kad itu lagi pada kali seterusnya anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.