Potong, salin dan tampal antara iPhone dan Mac anda
Anda boleh memotong atau menyalin kandungan (contohnya, blok teks atau imej) pada iPhone anda, kemudian tampalkan kandungan pada iPhone, iPad, iPod touch, atau komputer Mac lain dan sebaliknya.
Untuk Papan Klip Universal berfungsi, anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti anda. Peranti anda mesti disambungkan ke Wi-Fi, berada dalam lingkungan Bluetooth antara satu sama lain (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter), mempunyai Bluetooth diaktifkan dalam Seting dan mempunyai Handoff didayakan. (iOS 10, iPadOS 13, macOS 10.12, atau lebih baru diperlukan.)
Anda mesti potong, salin dan tampal kandungan anda dalam tempoh masa yang singkat.
Salin, potong, atau tampal
Salin: Cubit tutup dengan tiga jari.
Potong: Cubit tutup dengan tiga jari dua kali.
Tampal: Cubit buka dengan tiga jari.
Anda juga boleh sentuh dan tahan pilihan, kemudian ketik Potong, Salin, atau Tampal.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang memilih teks atau menempatkan titik pemasukan, lihat Taip dan edit teks pada iPhone.