Lihat e-mel dalam Mail pada iPhone
Dalam app Mail , anda boleh mempratonton sesetengah kandungan e-mel tanpa membukanya.

Pratonton e-mel dan senarai pilihan
Dalam senarai peti mel, sentuh dan tahan e-mel untuk mempratonton kandungannya dan melihat senarai pilihan untuk membalas, memfailkannya dan banyak lagi. Lihat Lakukan tindakan cepat pada iPhone.
Tunjukkan pratonton yang lebih panjang
Dalam senarai peti mel anda, Mail memaparkan dua baris teks untuk setiap e-mel secara lalai. Anda boleh memilih untuk melihat lebih banyak baris teks tanpa melihat e-mel.
Pergi ke Seting > Mail > Pratonton, kemudian pilih sehingga lima baris.
Tunjukkan keseluruhan e-mel
Dalam senarai e-mel, ketik yang anda mahu baca.
Tunjukkan keseluruhan perbualan
Pergi ke Seting > Mail, kemudian aktifkan Susun ikut Jaluran.
Untuk menukar cara jaluran dipaparkan, anda juga boleh menukar seting lain dalam Seting > Mail—seperti Runtuhkan Mesej Dibaca atau Mesej Terbaru di Atas
Tunjukkan label Kepada dan Sk dalam Peti Masuk anda
Pergi ke Seting > Mail, kemudian aktifkan Tunjukkan Label Kepada/Sk.
Anda juga boleh melihat peti mel Kepada/Sk, yang mengumpulkan semua mel yang dialamatkan kepada anda. Untuk menunjukkan atau menyembunyikannya, ketik Peti Mel, ketik Edit, kemudian pilih “Kepada atau Sk”.
Tambah seseorang ke kenalan anda atau jadikan mereka VIP
Dalam e-mel, ketik nama orang atau alamat e-mel, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk menambah mereka ke kenalan anda, ketik Cipta Kenalan Baru atau Tambah ke Kenalan Sedia Ada.
Anda boleh menambah nombor telefon, alamat e-mel lain dan banyak lagi.
Untuk menambah mereka ke senarai VIP anda, ketik Tambah ke VIP.