Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lukis dalam Nota pada iPhone
Gunakan app Nota untuk melukis lakaran atau mencatat nota tulisan tangan dengan jari anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai alat penanda dan warna dan lukis garis lurus dengan jari.
Lukis atau gunakan tulisan tangan
Dalam nota, ketik , kemudian gunakan alat penanda untuk menulis atau melukis dengan jari anda.

Petua: Anda boleh mencari teks tulisan tangan (dalam bahasa disokong) dalam Nota. Jika nota tidak mempunyai tajuk, baris pertama teks tulisan tangan menjadi cadangan tajuk. Untuk mengedit tajuk, skrol ke bahagian atas nota, kemudian ketik Edit.
Tunjukkan garis atau grid dalam nota
Dalam nota sedia ada: Ketik
, ketik Garis & Grid, kemudian pilih gaya.
Pilih gaya lalai untuk semua nota baru: Pergi ke Seting
> Nota > Garis & Grid.