Cari podcast pada iPhone
Gunakan app Podcast untuk mencari dan memainkan rancangan percuma—sama seperti rancangan radio atau TV—tentang sains, berita, politik, komedi dan banyak lagi. Jika anda melanggan kepada rancangan, iPhone memuat turun episod baru secara automatik semasa ia dikeluarkan.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Cari podcast Voyage To The Stars”. Ketahui cara meminta Siri.
Cari dan langgan rancangan
Temui rancangan: Ketik Layari untuk melihat rancangan Ditampilkan atau Carta Teratas. Anda juga boleh melayari megikut kategori atau penyedia kandungan.
Cari mengikut tajuk, orang, atau topik: Ketik Cari, kemudian masukkan perkara yang anda cari.
Langgan rancangan: Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya, kemudian ketik Langgan.
Dengar rancangan dilanggan anda
Ketik Dengar Sekarang.
Untuk memuat turun episod untuk dimainkan di luar talian, ketik
. Jika anda tidak melihat
, episod telah dimuat turun.
Untuk mendapatkan pemberitahuan apabila episod baru tersedia, ketik
.