Ambil foto dengan kamera pada iPhone
Ketahui cara untuk mengambil foto yang cantik dengan Kamera pada iPhone anda. Pilih daripada mod kamera seperti Foto, Video, Pano, Selang Masa, Slo-mo dan Potret (pada model disokong). Tingkatkan foto anda dengan ciri kamera seperti mod Malam, Live Photos, penapis dan Jujukan.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Buka Kamera.” Ketahui cara meminta Siri.
Ambil foto
Foto ialah mod standard yang anda lihat apabila anda membuka Kamera. Gunakan mod Foto untuk mengambil foto pegun. Leret ke kiri atau kanan untuk memilih mod berlainan, seperti Video, Pano, Selang Masa, Slo-mo dan Potret.
Ketik pada skrin Utama atau leret ke kiri daripada skrin Kunci untuk membuka Kamera dalam mod Foto.
Ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil syot.
Aktifkan atau nyahaktifkan denyar
Ketik , kemudian pilih Auto, Aktif, atau Tak Aktif.
Pada iPhone SE (generasi ke-2), iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, ketik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan denyar. Atau, ketik , kemudian ketik di bawah bingkai untuk memilih Auto, Aktif, atau Nyahaktif.
Setkan pemasa
Bingkaikan syot anda dan stabilkan iPhone anda, kemudian ketik di bahagian atas skrin.
Pada iPhone SE (generasi ke-2), iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, ketik , kemudian ketik .
Zum masuk atau keluar
Pada semua model, buka Kamera dan cubit skrin untuk zum masuk atau keluar.
Pada iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone X, iPhone 8 Plus dan iPhone 7 Plus, togol antara 1x atau 2x untuk zum masuk. Untuk zum masuk melebihi 2x, sentuh dan tahan kawalan zum, kemudian seret gelangsar ke kiri.
Pada iPhone 11, togol antara 1x atau 0.5x untuk zum keluar. Untuk zum masuk melebihi 2x, sentuh dan tahan kawalan zum, kemudian seret gelangsar ke kiri.
Pada iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, ketik 2 untuk zum masuk dan 5 untuk zum keluar. Untuk zum masuk melebihi 2x, sentuh dan tahan kawalan zum, kemudian seret gelangsar ke kiri.
Laraskan fokus dan pendedahan kamera
Sebelum anda mengambil foto, kamera iPhone mengesetkan fokus dan pendedahan secara automatik, serta pengecaman muka mengimbangkan pendedahan merentas kebanyakan muka. Jika anda mahu melaraskan fokus dan pendedahan secara manual, lakukan yang berikut:
Ketik skrin untuk menunjukkan kawasan fokus automatik dan seting pendedahan.
Ketik tempat yang anda mahu mengalihkan kawasan fokus.
Bersebelahan kawasan fokus, seret ke atas atau bawah untuk melaraskan pendedahan.
Untuk mengunci fokus manual dan seting pendedahan untuk syot akan datang, sentuh dan tahan kawasan fokus sehingga anda melihat Kunci AE/AF; ketik skrin untuk membuka kunci seting.
Ambil foto cahaya malap dengan mod Malam
Pada model disokong, gunakan mod Malam untuk menangkap lebih banyak butiran dan cerahkan syot anda dalam situasi cahaya malap. Panjang pendedahan dalam mod Malam ditentukan secara automatik, tetapi anda boleh bereksperimen dengan kawalan manual.
Mod Malam diaktifkan secara automatik dalam keadaan cahaya malap. Apabila butang berada di bahagian atas skrin bertukar kuning, mod Malam diaktifkan. Nombor kelihatan bersebelahan butang untuk menunjukkan bilangan saat bagi kamera mengambil syot.
Ketik butang Pengatup, kemudian pegang pegun kamera untuk mengambil syot anda.
Untuk bereksperimen dengan mod Malam, ketik , kemudian gunakan gelangsar di bawah bingkai untuk memilih antara pemasa Auto dan Maks. Dengan Auto, masa pendedahan ditentukan secara automatik; Maks menggunakan masa pendedahan paling panjang.
Ambil Live Photo
Live Photo menangkap apa yang berlaku sejurus sebelum dan selepas anda mengambil foto anda, termasuk audio.
Pilih mod Foto.
Ketik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Live Photos.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.
Anda boleh mengedit Live Photos dalam Foto. Dalam album anda, Live Photos ditandakan dengan “Live” di bahagian penjuru.
Ambil selfie
Gunakan kamera depan untuk mengambil swafoto dalam mod Foto atau mod Potret (pada model disokong).
Ketik untuk bertukar kepada kamera depan. Pada iPhone SE (generasi ke-2), iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, ketik .
Pegang iPhone di hadapan anda.
Petua: Pada iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, anda boleh mengetik anak panah dalam bingkai untuk meningkatkan medan penglihatan.
Ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil syot.
Ambil foto panorama
Gunakan mod Pano untuk menangkap landskap atau tangkapan lain yang tidak muat pada skrin kamera anda.
Pilih mod Pano, kemudian ketik butang Pengatup.
Sorot perlahan-lahan mengikut arah anak panah, pastikannya kekal di garis tengah.
Untuk selesai, ketik butang Pengatup lagi.
Ketik anak panah untuk menyorot dalam arah berlawanan. Untuk menyorot secara menegak, pusing dahulu iPhone kepada orientasi landskap. Anda juga boleh menterbalikkan arah sorotan menegak.
Ambil foto dengan penapis
Pilih mod Foto atau Potret, kemudian ketik . Pada iPhone SE (generasi ke-2), iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, ketik , kemudian ketik .
Di bawah pemapar, leret penapis ke kiri atau kanan untuk mempratontonnya; ketik satu untuk memilihnya.
Anda boleh mengeluarkan atau menukar penapis foto dalam Foto.
Ambil syot Jujukan
Mod Jujukan mengambil berbilang foto berkelajuan tinggi supaya anda boleh mempunyai sebilangan foto untuk dipilih. Anda boleh mengambil foto Jujukan dengan kamera belakang atau depan.
Pada iPhone SE (generasi ke-2), iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, leret butang Pengatup ke kiri untuk mengambil foto berkelajuan tinggi. Pada semua model lain, sentuh dan tahan butang Pengatup.
Pembilang menunjukkan bilangan syot yang anda ambil.
Angkat jari anda untuk berhenti.
Untuk memilih foto yang anda mahu simpan, ketik imej kecil Jujukan, kemudian ketik Pilih.
Titik kelabu di bawah imej kecil menandakan foto yang disyorkan untuk disimpan.
Ketik bulatan di penjuru kanan bawah setiap foto yang anda mahu simpan sebagai foto individu, kemudian ketik Selesai.
Untuk memadamkan keseluruhan Jujukan, ketik imej kecil, kemudian ketik .