Asas kamera iPhone
Ketahui cara untuk mengambil foto dengan Kamera pada iPhone anda. Pilih daripada mod kamera seperti Foto, Video, Sinematik, Pano dan Potret serta zum masuk atau keluar untuk membingkaikan syot anda.
Buka Kamera
Untuk membuka Kamera, lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik Kamera
pada Skrin Utama iPhone.
Leret ke kiri pada Skrin Kunci iPhone.
Sentuh dan tahan
pada Skrin Kunci iPhone.
Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik
.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Buka Kamera.” Ketahui cara menggunakan Siri.
Pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, anda boleh menetapkan butang Tindakan untuk membuka Kamera. Lihat Guna dan sesuaikan butang Tindakan pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.
Nota: Untuk keselamatan anda, titik hijau kelihatan di penjuru kanan atas skrin semasa Kamera sedang digunakan. Lihat Kawal akses kepada ciri perkakasan.
Ambil foto
Buka Kamera , kemudian ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil syot.

Bertukar antara mod kamera
Foto ialah mod standard yang anda lihat apabila anda membuka Kamera . Gunakan mod Foto untuk mengambil foto pegun dan Live Photos. Leret ke kiri atau kanan pada skrin kamera untuk memilih satu daripada mod kamera yang berikut:
Video: Rakam video; lihat Rakam video.
Selang masa: Cipta video selang masa pergerakan untuk tempoh masa tertentu; lihat Rakam video selang masa.
Slo-mo: Rakam video dengan kesan gerak perlahan; lihat Rakam video gerak perlahan.
Pano: Tangkap landskap panorama atau suasana lain; lihat Ambil foto panorama.
Potret: Gunakan kesan kedalaman medan pada foto anda (pada model yang disokong); lihat Ambil potret dalam mod Potret.
Sinematik: Gunakan kesan kedalaman medan pada video anda (pada model yang disokong); lihat Rakam video Sinematik.
Segi empat: Ambil foto dengan nisbah segi empat.
Pada iPhone 11 dan lebih baharu, ketik
, kemudian ketik 4:3 untuk memilih antara nisbah aspek Segi Empat, 4:3 atau 16:9.
Untuk menyimpan mod selain daripada Foto sebagai mod lalai apabila anda membuka Kamera, lihat Simpan seting kamera pada iPhone.
Zum masuk atau keluar
Pada semua model, buka Kamera
dan cubit skrin untuk zum masuk atau keluar.
Pada model iPhone dengan sistem Dua dan Tiga kamera, tukar antara 0.5x, 1x, 2x, 2.5x, 3x dan 5x untuk zum masuk atau keluar dengan cepat (bergantung pada model anda). Untuk zum yang lebih tepat, sentuh dan tahan kawalan zum, kemudian seret gelangsar ke kanan atau kiri.