Bekerja dengan PDF dalam Nota pada iPhone
Dalam app Nota , anda boleh melampirkan, melihat, mengedit dan bekerjasama pada PDF, termasuk dokumen anda yang telah diimbas menjadi nota. Anotasi atau lakar terus pada PDF dan dokumen diimbas dalam nota anda. Anda juga boleh mempratonton berbilang PDF dalam nota yang sama.
Lampiran PDF ke nota
Untuk melampirkan PDF daripada app seperti Fail atau Mail, lakukan mana-mana daripada berikut:
Seret fail ke dalam nota.
Sentuh dan tahan fail, ketik Kongsi, ketik Nota, kemudian pilih nota.
Lihat dan edit PDF dalam nota
Buka app Nota
pada iPhone anda.
Dalam nota dengan PDF, ketik
, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar saiz pratonton: Ketik Lihat Sebagai, kemudian pilih Kecil, Sederhana atau Besar.
Lihat dalam skrin penuh: Ketik Lihat Cepat.
Salin, kongsi, namakan semula atau padamkan PDF: Pilih tindakan.
Apabila menggunakan saiz pratonton Sederhana atau Besar, anda juga boleh melakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjukkan atau sembunyikan imej kecil: Ketik
.
Zum masuk dan lihat banyak lagi: Cubit skrin atau leret ke kanan untuk melihat lebih banyak halaman.
Edit halaman: Ketik imej kecil untuk halaman, ketik
, kemudian pilih tindakan seperti Putar Kiri, Putar Kanan, Penapis, Pangkas Halaman atau Masukkan Halaman Kosong. (Penapis atau Pangkas Halaman hanya disokong dalam dokumen diimbas.)
Anotasi PDF dalam nota
Saiz pratonton kecil: Ketik PDF untuk membukanya, kemudian ketik
.
Saiz pratonton sederhana dan besar: Ketik
.
Lihat Tulis dan lukis dalam dokumen dengan Penanda pada iPhone.
Bekerjasama dengan orang lain
Dapatkan kemas kini masa nyata apabila anda bekerjasama pada nota dengan orang lain. Semasa anda menandakan dokumen, melukis diagram atau menambah pelekat, kolaborator anda boleh melihat perubahan pada peranti mereka.