Bermula dengan FaceTime pada iPhone
Ketahui cara menggunakan app FaceTime untuk melawat rakan dan keluarga secara bersemuka—melalui Wi-Fi atau selular. Dalam panggilan FaceTime, anda juga boleh menonton rancangan TV dan filem, mendengar muzik serta berlatih bersama.

Sediakan FaceTime
Untuk bermula dengan FaceTime, pergi ke Seting > FaceTime, kemudian aktifkan FaceTime. Di bawah “Anda boleh dihubungi dengan FaceTime di”, masukkan Apple ID atau nombor telefon anda, jika anda belum melakukaknnya.

Buat panggilan FaceTime
Buka app FaceTime, ketik FaceTime Baharu, kemudian masukkan nama atau nombor telefon orang (atau beberapa orang) yang anda mahu panggil. Ketik untuk membuat panggilan video atau
untuk membuat panggilan video (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Anda boleh bercakap dengan sehingga 32 orang pada panggilan.
Jika anda mahu memanggil seseorang yang tidak mempunyai peranti Apple, anda boleh mencipta dan menghantar pautan ke panggilan dalam Mesej atau Mail. Untuk bermula, buka FaceTime, kemudian ketik Cipta Pautan.

Gunakan kawalan FaceTime
Semasa dalam panggilan FaceTime, gunakan kawalan FaceTime untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan speaker, kamera atau mik, ambil Live Photo dan banyak lagi. Jika anda tidak melihat kawalan, ketik skrin anda.

Tonton, dengar dan bermain bersama-sama
Untuk memulakan perkongsian muzik atau video bersama atau berlatih bersama semasa panggilan FaceTime, ketik dalam kawalan FaceTime (jika anda tidak melihat
, ketik skrin).
Skrol menerusi app di bawah Dengar dan main bersama, kemudian pilih satu (contohnya, TV, Muzik atau Kecergasan).
Mahu mengetahui lebih lanjut?
Nota: Tidak semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau.