Reset seting iPhone kepada seting lalai
Anda boleh mengembalikan seting iPhone anda kepada seting lalai tanpa memadamkan kandungan anda.
Jika anda mahu menyimpan seting anda, sandarkan iPhone sebelum meresetnya. Sebagai contoh, jika anda cuba menyelesaikan masalah tetapi mereset iPhone tidak membantu, anda mungkin mahu memulihkan seting anda yang sebelumnya daripada sandaran.
Pergi ke Seting
> Umum > Pindahkan atau Reset iPhone > Reset.
AMARAN: Jika anda memilih pilihan Padam Semua Kandungan dan Seting, semua kandungan anda dikeluarkan. Lihat Padam iPhone.
Pilih pilihan:
Reset Semua Seting: Semua seting—termasuk seting rangkaian, kamus papan kekunci, seting privasi dan kad Apple Pay—dikeluarkan atau direset ke lalainya. Tiada data atau media dipadam.
Reset Seting Rangkaian: Semua seting rangkaian dikeluarkan. Selain itu, nama peranti yang ditetapkan dalam Seting > Umum > Perihal direset ke “iPhone” dan sijil dipercayai secara manual (seperti tapak web) ditukarkan ke tidak dipercayai.
Perayauan data selular juga mungkin dinyahaktifkan. (Lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone.)
Apabila anda mereset seting rangkaian, senarai rangkaian yang digunakan sebelumnya dan seting VPN yang tidak dipasang oleh profil konfigurasi atau pengurus peranti bimbit (MDM) akan dikeluarkan. Wi-Fi dinyahaktifkan dan kemudian diaktifkan semula, memutuskan sambungan anda daripada sebarang rangkaian. Seting Wi-Fi dan Minta Menyertai Rangkaian kekal aktif.
Untuk mengeluarkan seting VPN yang dipasang oleh profil konfigurasi, pergi ke Seting > Umum > Pengurus VPN & Peranti, pilih profil konfigurasi, kemudian ketik Keluarkan Profil. Ini juga mengeluarkan seting dan akaun lain yang disediakan oleh profil. Lihat Pasang atau keluarkan profil konfigurasi pada iPhone.
Untuk mengeluarkan seting rangkaian yang dipasang oleh MDM, pergi ke Seting > Umum > Pengurus VPN & Peranti, pilih pengurusan, kemudian ketik Keluarkan Pengurusan. Ini juga mengeluarkan seting dan sijil lain yang disediakan oleh MDM. Lihat “Pengurusan peranti mudah alih (MDM)” dalam Rujukan Pengerahan untuk iPhone dan iPad.
Reset Kamus Papan Kekunci: Anda tambah perkataan ke kamus papan kekunci dengan menolak perkataan yang dicadangkan iPhone sambil anda menaip. Mereset kamus papan kekunci hanya memadam perkataan yang telah anda tambah.
Reset Tataletak Skrin Utama: Mengembalikan app terbina dalam kepada tataletak asalnya pada Skrin Utama.
Reset Lokasi & Privasi: Mereset perkhidmatan lokasi dan seting privasi kepada seting lalai.
Jika anda mahu memadamkan iPhone anda sepenuhnya, lihat Gunakan Seting untuk memadamkan iPhone. Jika anda mahu atau perlu menggunakan komputer untuk memadamkan iPhone anda, lihat Gunakan komputer untuk memadamkan iPhone.