Jadikan iPhone milik anda
Anda boleh menyesuaikan iPhone anda mengikut minat dan keutamaan anda sendiri. Sesuaikan Skrin Kunci anda, tukar bunyi dan getaran untuk panggilan dan mesej, jadikan ciri seperti lampu suluh dan kalkulator senang dicapai, laraskan saiz teks dan banyak lagi.

Jadikan ciri kegemaran anda senang dicapai
Sesetengah ciri iPhone—seperti lampu suluh, pemasa, atau kalkulator—hanya satu leret daripada Pusat Kawalan. Untuk membuka Pusat Kawalan pada iPhone dengan Face ID dengan cepat, leret ke bawah dari bahagian pinggir kanan atas; pada iPhone dengan butang Utama, leret ke atas dari bahagian bawah skrin.
Anda boleh menambah ciri lain—seperti penggera atau kanta pembesar—ke Pusat Kawalan dalam Seting > Pusat Kawalan.

Peribadikan Skrin Kunci anda
Anda boleh mempamerkan foto kegemaran, menambah penapis dan widget, serta menukar fon tarikh dan masa.
Untuk bermula, sentuh dan tahan Skrin Kunci, kemudian ketik di bahagian bawah skrin. Layari galeri pilihan, kemudian ketik salah satu untuk menyesuaikan penampilannya. Apabila anda telah mencipta Skrin Kunci yang anda gemari, ketik Tambah, kemudian Setkan sebagai Pasangan Hias Latar.

Tambah widget ke Skrin Utama anda
Widget membolehkan anda melihat maklumat yang paling penting kepada anda dengan mudah, seperti cuaca semasa dan peristiwa kalendar akan datang. Anda juga boleh menyelesaikan tugas—contohnya, semak item dalam senarai tugas Peringatan anda, atau mainkan lagu dalam Muzik.
Untuk menambah widget, sentuh dan tahan latar belakang pada mana-mana halaman Skrin Utama sehingga app bergoyang, kemudian ketik .

Sesuaikan panggilan telefon anda
Cipta poster panggilan unik anda sendiri untuk memperibadikan perkara yang orang lihat apabila anda membuat panggilan. Pilih foto atau emoji kegemaran anda, pasangkannya dengan fon pilihan anda, kemudian tambah warna untuk menjadikannya menyerlah. Apabila anda membuat panggilan telefon, poster panggilan anda kelihatan pada skrin orang yang anda panggil.
Untuk bermula, buka app Kenalan , ketik nama anda, kemudian ketik Foto & Poster Kenalan.

Pilih bunyi dan getaran
iPhone boleh memainkan bunyi dan getaran yang berbeza untuk panggilan telefon, mesej teks, isyarat kalendar dan pemberitahuan lain.
Pergi ke Seting > Bunyi & Haptik. Anda juga boleh menukar bunyi yang iPhone mainkan untuk sesetengah orang; dalam app Kenalan
, ketik nama orang, ketik Edit, kemudian ketik Nada Dering atau Nada Teks.

Gunakan ciri kebolehcapaian terbina dalam
iPhone menyediakan banyak ciri kebolehcapaian untuk menyokong keperluan penglihatan, mobiliti, pendengaran, pertuturan dan kognitif anda. Tukar saiz teks, jadikan ia lebih mudah untuk menggunakan skrin sentuh, kawal iPhone anda dengan hanya suara anda dan banyak lagi.
Untuk menyesuaikan seting ini, pergi ke Seting > Kebolehcapaian.

Semak seting privasi
iPhone direka bentuk untuk melindungi privasi dan maklumat anda. Anda boleh memberikan atau menolak keizinan app untuk menjejak aktiviti anda merentas app dan tapak web syarikat lain. Anda juga boleh menggunakan Semak Keselamatan untuk menyemak dan mengemas kini orang serta app yang mempunyai akses kepada maklumat anda. Pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan, kemudian ketik Penjejakan atau Semak Keselamatan.
Mahu mengetahui lebih lanjut?