Jadikan teks iPhone lebih mudah dibaca dengan ciri kebolehcapaian
Anda boleh menggunakan ciri kebolehcapaian untuk menukar ketebalan, saiz dan kegelapan untuk memudahkan anda membaca teks pada skrin iPhone anda. Anda juga boleh menggaris bawah teks iPhone yang anda boleh ketik.
Petua: Setkan saiz teks dengan cepat apabila anda menambahnya ke Pusat Kawalan.

Jadikan teks lebih mudah dibaca
Anda boleh melaraskan ketebalan, saiz dan kegelapan teks anda yang diutamakan dalam app yang menyokong Jenis Dinamik, seperti Seting, Kalendar, Kenalan, Mail, Mesej dan Nota.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Jadikan teks lebih besar: Ketik Teks Lebih Besar, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan saiz teks (aktifkan Saiz Kebolehcapaian Lebih Besar untuk menunjukkan lebih pilihan saiz).
Anda juga boleh pergi ke Seting > Paparan & Kecerahan > Zum Paparan, kemudian pilih Teks Lebih Besar untuk melihat kawalan lebih besar.
Jadikan teks lebih tebal: Aktifkan Teks Tebal.
Jadikan teks lebih gelap: Aktifkan Tingkatkan Kontras untuk meningkatkan kemudahbacaan dengan menjadikan teks lebih menonjol.
Kenal pasti teks boleh diketik: Aktifkan Bentuk Butang untuk menggariskan sebarang teks yang melaksanakan tindakan apabila anda mengetiknya.
Anda juga boleh membesarkan teks pada skrin anda dengan menggunakan Zum atau di persekitaran anda dengan Kanta Pembesar .
Laraskan saiz teks semasa anda menggunakan app
Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik
.
(Jika anda tidak melihat
, tambahnya pada Pusat Kawalan—pergi ke Seting
> Pusat Kawalan, kemudian ketik
di sebelah Saiz Teks).
Seret gelangsar ke atas atau bawah untuk meningkatkan atau mengurangkan saiz teks.
Untuk menukar saiz teks untuk semua app, ketik Semua App di bahagian bawah skrin.
Untuk menggunakan seting ini hanya pada kandungan tetingkap zum, lihat Zum masuk pada skrin iPhone.
Jika anda menggunakan tetikus atau peranti lain dengan penuding atas skrin dan menghadapi masalah untuk mencari penuding atas skrin, anda boleh menjadikannya lebih besar. Lihat Jadikan penuding lebih mudah dilihat apabila menggunakan tetikus atau trackpad dengan iPhone.