Umumkan panggilan, mesej dan banyak lagi dengan Siri pada iPhone
Siri boleh mengumumkan panggilan dan pemberitahuan daripada app seperti Mesej pada fon kepala disokong dan semasa menggunakan CarPlay. Anda boleh menjawab atau membalas menggunakan suara anda tanpa perlu menyebut “Hai Siri”.
Umumkan Panggilan dan Umumkan Pemberitahuan juga berfungsi dengan app pihak ketiga yang disokong.
Setkan Siri untuk mengumumkan panggilan
Dengan Umumkan Panggilan, Siri mengenal pasti panggilan telefon dan panggilan FaceTime, yang anda terima atau tolak menggunakan suara anda.
Pergi ke Seting
> Siri & Carian > Umumkan Panggilan, kemudian pilih pilihan.
Apabila panggilan masuk, Siri mengenal pasti pemanggil dan bertanya anda jika anda mahu menjawab panggilan. Sebut “ya” untuk menerima panggilan atau “tidak” untuk menolak panggilan.
Buatkan Siri mengumumkan pemberitahuan
Siri boleh mengumumkan pemberitahuan masuk daripada app seperti Mesej dan Peringatan secara automatik. Siri mendayakan pemberitahuan untuk app yang menggunakan pemberitahuan sensitif masa secara automatik, tetapi anda boleh menukar seting pada bila-bila masa. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemberitahuan sensitif masa, lihat Sediakan Fokus pada iPhone.
Pergi ke Seting
> Siri & Carian > Umumkan Pemberitahuan, kemudian aktifkan Umumkan Pemberitahuan.
Ketik app yang anda mahu Siri umumkan pemberitahuannya, kemudian aktifkan Umumkan Pemberitahuan.
Untuk sesetengah app, anda juga boleh memilih sama ada untuk mengumumkan semua pemberitahuan atau hanya pemberitahuan sensitif masa.
Untuk app yang anda boleh hantar balasan seperti Mesej, Siri mengulangi perkara yang anda sebutkan, kemudian meminta pengesahan sebelum menghantar balasan anda. Untuk menghantar balasan tanpa menunggu pengesahan, aktifkan Balas Tanpa Pengesahan.