Main dengan rakan di Game Center pada iPhone
Dalam Game Center, anda boleh menghantar permintaan rakan, mengurus profil pengguna anda, memperoleh pencapaian, bersaing pada papan juara dan bermain dengan rakan semasa panggilan FaceTime.
Sediakan profil Game Center anda
Pergi ke Seting
> Game Center, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda.
Untuk memilih nama panggilan yang rakan anda akan lihat apabila anda bermain permainan bersama, ketik Nama Panggilan, kemudian masukkan nama atau pilih satu daripada cadangan.
Untuk memperibadikan avatar anda, ketik Edit Avatar, kemudian cipta Memoji baharu, guna Memoji sedia ada, atau sesuaikan cara parap anda kelihatan.
Untuk melihat profil Game Center, pencapaian, permainan terbaharu anda, rakan dan aktiviti mereka, pergi ke Seting > Game Center > [profil anda].
Tambah rakan
Pergi ke Seting
> Game Center.
Ketik Jemput Rakan, kemudian masukkan nombor telefon, e-mel atau Apple ID mereka; atau ketik
untuk menjemput seseorang dalam senarai kenalan anda.
Penerima boleh membalas permintaan rakan dengan mana-mana cara berikut:
Dalam Mesej, ketik pautan.
Dalam permainan disokong, ketik gambar profil Game Center, ketik Rakan, kemudian ketik Permintaan Rakan.
Dalam App Store, ketik
atau gambar anda di bahagian kanan atas, ketik Game Center, kemudian ketik Permintaan Rakan.
Dalam senarai rakan anda, ketik rakan untuk melihat permainan yang mereka baru mainkan dan pencapaian mereka.
Anda juga boleh menambah rakan dalam app Kenalan (tersedia jika anda dan rakan anda menggunakan iOS 16.1, iPadOS 16.1 atau lebih baharu). Buka kad hubungan mereka, kemudian ketik Tambah Rakan dalam Game Center. Selepas rakan anda menerima permintaan, anda boleh melihat profil Game Center mereka daripada kad hubungan mereka.
Main permainan dengan rakan menggunakan SharePlay
Anda boleh mencari dan memuat turun permainan berbilang pemain Game Center dalam App Store dan bermain dengan rakan semasa pada panggilan FaceTime.
Semasa panggilan, buka permainan berbilang pemain disokong, ketik Mulakan SharePlay, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Lihat Gunakan SharePlay untuk menonton, mendengar dan bermain bersama-sama dalam FaceTime pada iPhone.
Gunakan AirDrop untuk menjemput orang ke permainan berbilang pemain
Dengan iOS 17.4 atau lebih baharu, anda boleh menggunakan AirDrop untuk menjemput rakan berdekatan ke permainan berbilang pemain yang menyokong Game Center.
Buka permainan yang anda mahu mainkan pada iPhone anda.
Navigasi ke skrin tempat anda menjemput rakan.
Pegang paparan iPhone anda beberapa sentimeter dari atas iPhone atau Apple Watch orang lain.
Satu sinar muncul daripada kedua-dua peranti untuk menunjukkan sambungan sedang dibuat.
Teruskan memegang peranti anda berdekatan satu sama lain sehingga permainan kelihatan pada skrin orang lain.
Laporkan pengguna dan keluarkan rakan
Anda boleh melaporkan pengguna yang menipu, menggunakan gambar atau nama panggilan tidak senonoh, atau masalah lain. Anda juga boleh mengeluarkan seseorang daripada senarai Rakan anda.
Pergi ke Seting
> Game Center > [profil anda] > Rakan.
Ketik rakan yang anda mahu laporkan atau keluarkan, ketik
, kemudian pilih Laporkan Pengguna atau Keluarkan Rakan.
Setkan pengehadan Game Center
Anda boleh mengesetkan pengehadan untuk permainan berbilang pemain, menambah rakan, permesejan peribadi dan banyak lagi.
Pergi ke Seting
> Masa Skrin > Pengehadan Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Pengehadan Kandungan & Privasi.
Ketik Pengehadan Kandungan, skrol ke bawah ke Game Center, kemudian setkan pengehadan.