Sandarkan data Kesihatan anda dalam iCloud pada iPhone
Jika anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda, maklumat kesihatan dan kecergasan anda dalam app Kesihatan disimpan dalam iCloud secara automatik. Maklumat anda disulitkan ketika dipindahkan antara iCloud dan peranti anda, serta semasa disimpan dalam iCloud.
Sebagai tambahan menggunakan iCloud, atau jika anda tidak menggunakan iCloud, anda boleh menyandarkan data Kesihatan anda dengan menyulitkan sandaran komputer. Lihat Sandarkan iPhone.
Nota: Untuk data app Kesihatan anda diselaraskan merentas peranti, pastikan peranti anda didaftar masuk dengan Apple ID yang sama, disambungkan ke internet dan dikemas kini kepada versi OS terbaharu.
Urus data Kesihatan anda dalam iCloud
Anda boleh memastikan data Kesihatan anda diselaraskan merentas semua peranti anda. Anda juga boleh berhenti menyimpan data anda pada bila-bila masa.
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud.
Ketik Tunjukkan Semua, ketik Kesihatan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Selaraskan dengan iPhone.