Langgan ke Apple News+ pada iPhone
Dalam app News , Apple News+ membolehkan anda menikmati beratus majalah, surat khabar popular dan kandungan daripada penerbit digital premium terus pada iPhone anda.
Anda boleh melanggan Apple News+ atau Apple One Premier, yang menyertakan Apple News+ dan perkhidmatan Apple lain. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Sebagai pelanggan, anda mempunyai akses pada isu penerbitan semasa dan terdahulu yang tersedia, serta anda boleh memuat turun kandungan untuk bacaan luar talian serta berkongsi cerita dan isu dengan orang lain.
Sebagai bukan pelanggan, anda boleh melayari, tetapi tidak boleh membaca, koleksi tajuk cerita dan penerbitan yang diperibadikan hanya untuk anda, melihat keseluruhan katalog Apple News+ dan melayari isu mengikut kategori—contohnya, Hiburan dan Makanan. Untuk membaca cerita dan isu, serta mendengar cerita audio Apple News+, mulakan percubaan percuma atau langgan.
Nota: Apple News, Apple News+, Apple One dan ciri audio tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple News+
Ketik butang langganan yang ditunjukkan dalam majalah atau cerita dalam News, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Kongsi Apple News+ dengan ahli keluarga
Apabila anda melanggan Apple News+ atau Apple One Premier, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi Apple News+ dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga anda tidak perlu melakukan apa-apa—Apple News+ tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app News selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple News+ atau Apple One Premier dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan tersebut. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan akan menggunakan langganan anda.
Nota: Untuk berhenti berkongsi Apple News+ dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau menyahaktifkan Perkongsian Keluarga.
Batalkan atau tukar langganan Apple News+ anda
Ketik Following, leret ke atas, ketik Subscriptions di bawah pengepala Manage, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Apple News+ sahaja: Ketik Cancel Subscription, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Apple News+ dan saluran individu: Pilih Apple News+, ketik Cancel Subscription, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda melanggan Apple News+ sebagai sebahagian daripada langganan Apple One Premier dan mahu membatalkan langganan anda, lihat artikel Sokongan Apple Cara membatalkan langganan daripada Apple.