Gunakan teks ramalan pada iPhone
Semasa anda menaip teks pada papan kekunci iPhone, anda melihat ramalan perkataan seterusnya anda, emoji yang boleh menggantikan perkataan anda, serta cadangan lain berdasarkan aktiviti terbaharu anda dan maklumat daripada app anda (tidak tersedia untuk semua bahasa). Contohnya, dalam Mesej, apabila anda menaip sesuatu seperti:
“Saya di” diikuti oleh ruang, lokasi semasa anda kelihatan sebagai pilihan
“Nombor saya ialah” diikuti oleh ruang, nombor telefon anda kelihatan sebagai pilihan
Terima atau tolak cadangan teks ramalan
Semasa menaip teks, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Terima perkataan atau emoji yang dicadangkan dengan mengetiknya, terima cadangan yang diserlahkan dengan memasukkan ruang atau tanda baca.
Apabila anda mengetik perkataan cadangan, ruang kelihatan selepas perkataan. Jika anda memasukkan koma, noktah atau tanda baca lain, ruang tersebut dipadamkan.
Tolak cadangan dengan mengetik perkataan asal anda (ditunjukkan sebagai pilihan teks ramalan dengan tanda petikan).
Nyahaktifkan teks ramalan
Semasa mengedit teks, sentuh dan tahan
atau
.
Ketik Seting Papan Kekunci, kemudian nyahaktifkan Ramalan.
Apabila anda menyahaktifkan teks ramalan, iPhone mungkin masih cuba mencadangkan pembetulan untuk perkataan yang disalah eja. Untuk menerima pembetulan, masukkan ruang atau tanda baca, atau ketik Return. Untuk menolak pembetulan, ketik “x”. Jika anda telah menolak cadangan yang sama beberapa kali, iPhone berhenti mencadangkannya.