Tukar Fokus Tidur dan pilihan lain dalam Kesihatan pada iPhone
Anda boleh menukar pilihan Tidur anda dalam app Kesihatan , seperti sama ada untuk menjejak masa di katil, menerima pemberitahuan waktu tidur dan banyak lagi.
Tukar pilihan Fokus Tidur anda
Dalam Kesihatan, anda boleh memilih untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus Tidur dengan jadual tidur anda. Anda juga boleh memilih sama ada untuk menunjukkan skrin Fokus Tidur atau masa dan tarikh pada skrin Fokus Tidur.
Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.
Skrol ke bawah ke Jadual Anda, kemudian ketik Jadual & Pilihan Penuh.
Ketik Pilihan.
Dalam Seting > Fokus, anda boleh menyesuaikan Fokus Tidur anda dengan lebih lanjut untuk membenarkan gangguan melalui pemberitahuan yang penting kepada anda dan panggilan telefon daripada orang yang penting kepada anda, pilih sama ada untuk memaklumkan orang lain semasa Fokus Tidur anda dan banyak lagi. Lihat Sediakan Fokus.
Tukar matlamat tidur anda
Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.
Skrol ke bawah ke Jadual Anda, kemudian ketik Jadual & Pilihan Penuh.
Ketik Matlamat Tidur, kemudian pilih masa.
Sebarang jadual baharu yang anda setkan mencerminkan matlamat baharu anda. Jika anda mengedit jadual sedia ada, kawalan Waktu Tidur dan Bangun menunjukkan yang jadual tidak memenuhi matlamat anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan peringatan Waktu Tidur dan pemberitahuan Tidur lain
Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.
Skrol ke bawah ke Jadual Anda, kemudian ketik Jadual & Pilihan Penuh.
Ketik Pilihan.