Tukar kata laluan yang lemah atau diceroboh pada iPhone
Jika anda mencipta dan menyimpan kata laluan anda sendiri untuk tapak web dan app dan sebarang kata laluan adalah lemah (contohnya mudah diteka atau digunakan beberapa kali), iPhone mengenal pasti kata laluan untuk anda secara automatik. iPhone juga boleh memantau kata laluan anda dan memberi isyarat jika kata laluan muncul dalam kebocoran data yang diketahui.
Tukar kata laluan yang lemah atau diceroboh
Pergi ke Seting
> Kata Laluan > Pengesyoran Keselamatan.
Jika akaun mempunyai kata laluan yang lemah atau diceroboh, mesej menerangkan masalah.
Ketik akaun.
Ketik medan Kata Laluan, kemudian ketik Salin Kata Laluan supaya anda boleh menampalnya di tempat ia diminta—contohnya, semasa anda mencipta kata laluan baharu dan anda diminta untuk memasukkan kata laluan lama anda.
Ketik Tukar Kata Laluan, kemudian tukar kata laluan anda pada tapak web atau dalam app.
Jika tapak web atau app membenarkan anda menaik taraf untuk Daftar masuk dengan Apple, anda boleh memanfaatkan keselamatan dan kemudahan ciri tersebut. Jika anda tidak diberikan pilihan naik taraf semasa anda menukar kata laluan anda, banyak akaun membenarkan iPhone mencipta kata laluan kukuh secara automatik yang tidak perlu anda ingat.
Nota: Jika iPhone memberi amaran kepada anda tentang kata laluan lemah untuk tapak web atau app yang tidak lagi tersedia, anda boleh mengeluarkan akaunnya daripada iPhone dan Rantai Kunci iCloud anda. Pergi ke Seting > Kata Laluan, kemudian leret ke kiri pada akaun.
Sembunyikan pengesyoran keselamatan
Anda boleh menyembunyikan pengesyoran keselamatan supaya anda tidak perlu terus menyemak jika anda tidak dapat menyelesaikannya.
Pergi ke Seting
> Kata Laluan > Pengesyoran Keselamatan, kemudian ketik akaun.
Dalam bahagian Pengesyoran Keselamatan, ketik
, kemudian ketik Sembunyikan.
Untuk melihat pengesyoran kemudian, pergi ke Seting > Kata Laluan > Pengesyoran Keselamatan, skrol ke bahagian bawah skrin, kemudian ketik Syor Keselamatan Tersembunyi. Untuk menunjukkan semula semua pengesyoran keselamatan, ketik Reset Syor Keselamatan Tersembunyi.
Aktifkan atau nyahaktifkan pengesanan kata laluan diceroboh
iPhone boleh memantau kata laluan anda dan memaklumkan anda jika kata laluan muncul dalam kebocoran data yang diketahui.
Pergi ke Seting > Kata Laluan > Pengesyoran Keselamatan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Kesan Kata Laluan Diceroboh.