Dengar radio pada iPhone
Dalam app Muzik , anda boleh mendengar radio Apple Music dalam tab Radio. Radio Apple Music menampilkan tiga stesen radio bertaraf dunia (Apple Music 1, Apple Music Hits dan Apple Music Country), muzik terkini daripada pelbagai genre dan temu ramah yang eksklusif. Anda juga boleh mendengar stesen ditampilkan yang dicipta oleh pakar muzik dan cipta stesen khusus anda sendiri daripada lagu dan artis yang anda pilih.
Dengar radio Apple Music
Ketik Radio, kemudian ketik satu daripada stesen radio Apple Music yang sedang bermain. Tiada langganan diperlukan untuk mendengar Apple Music 1, Apple Music Hits, atau Apple Music Country.
Nota: Oleh sebab stesen radio Apple Music ialah radio secara langsung, anda tidak boleh memutar balik atau melangkau lagu.
Dengar genre muzik kegemaran anda
Ketik Radio, kemudian ketik genre yang disenaraikan di bawah Lebih untuk Diteroka.
Ketik stesen ditampilkan.
Cipta stesen
Anda boleh mencipta stesen radio berdasarkan artis atau lagu tertentu. Jika anda menyukai artis atau lagu, berkemungkinan besar, anda akan menyukai muzik yang dimainkan oleh stesen.
Sentuh dan tahan artis atau lagu.
Ketik Cipta Stesen.
Untuk mencipta stesen dalam Kini Dimainkan, ketik , kemudian ketik Cipta Stesen.