Setkan penggera atau jadual waktu tidur pada iPhone
Dalam app Jam , anda boleh setkan penggera yang memainkan bunyi atau getaran pada waktu tertentu. Anda juga boleh mengesetkan jadual waktu tidur yang mengingatkan anda bila untuk tidur dan memainkan bunyi atau getaran apabila ianya waktu untuk bangun.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Bangunkan saya esok pada 7 pagi” atau “Setkan penggera 9 pagi setiap hari Jumaat.” Ketahui cara meminta Siri.
Setkan penggera
Ketik Penggera, kemudian ketik
.
Setkan waktu, kemudian pilih mana-mana daripada pilihan berikut:
Ulang: Pilih hari dalam minggu.
Label: Berikan penggera nama, seperti “Siram pokok.”
Bunyi: Pilih nada atau getaran.
Tidur: Berikan diri anda sembilan minit lagi.
Ketik Simpan.
Untuk menukar atau memadam penggera, ketik Edit.
Setkan jadual waktu tidur
Ketik Waktu Tidur, kemudian ikuti arahan untuk mengesetkan peringatan tidur dan penggera bangun.
Untuk menukar jadual Waktu Tidur anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Setkan hari, bunyi bangun tidur dan kelantangan penggera: Ketik Pilihan.
Laraskan waktu tidur dan bangun tidur anda: Leret
dan
.
Nyahaktifkan peringatan Waktu Tidur: Ketik suis Waktu Tidur.
Jejak sejarah tidur anda
Ketik Waktu Tidur, kemudian skrol ke bawah kepada Analisis Tidur, yang menunjukkan sejarah tidur terbaru anda.
Jika anda menggunakan iPhone anda apabila anda sepatutnya tidur, anda tidak akan mendapat kredit tidur untuk waktu itu.
Untuk melihat lebih banyak sejarah tidur anda dalam app Kesihatan, ketik Lagi sejarah.