Susun fail dan folder dalam Fail pada iPhone
Dalam app Fail, anda boleh menyusun dokumen, imej dan fail lain dalam folder.
Cipta folder
Pergi ke app Fail
pada iPhone anda.
Buka lokasi atau folder sedia ada.
Ketik
, kemudian ketik Folder Baharu.
Nota: Jika anda tidak melihat Folder Baharu, anda tidak boleh mencipta folder dalam lokasi tersebut.
Nama semula, mampatkan dan buat perubahan lain kepada fail atau folder
Pergi ke app Fail
pada iPhone anda.
Buka lokasi atau folder sedia ada.
Sentuh dan tahan fail atau folder, kemudian pilih pilihan: Salin, Alih, Nama Semula, Mampat, Duplikasi atau Padam.
Untuk mengubah suai berbilang fail atau folder pada masa yang sama, ketik , ketik Pilih, ketik untuk memilih fail atau folder yang anda mahu ubah suai, kemudian ketik pilihan di bahagian bawah skrin (contohnya, Kongsi, Alih atau Padam).
Nota: Sesetengah pilihan mungkin tidak tersedia, bergantung pada item yang anda pilih; contohnya, anda tidak boleh memadam atau memindahkan pustaka app (folder yang dilabelkan dengan nama app).
Zip atau nyahzip fail atau folder
Anda boleh mengezip fail atau folder untuk memampatkannya supaya ia mengambil kurang ruang storan pada iPhone anda. Anda juga boleh menyahzip fail atau folder yang dimampatkan.
Pergi ke app Fail
pada iPhone anda.
Sentuh dan tahan fail atau folder yang anda mahu zip, kemudian ketik Mampatkan.
Untuk menyahzip fail atau folder, sentuh dan tahannya, kemudian ketik Nyahmampat.
Tag fail atau folder
Pergi ke app Fail
pada iPhone anda.
Buka lokasi atau folder sedia ada.
Sentuh dan tahan fail atau folder, ketik Tag, kemudian ketik satu atau lebih tag.
Ketik Selesai.
Untuk mencari item ditagkan, ketik Layari, kemudian ketik item di bawah Tag.
Untuk mengeluarkan tag, ketiknya sekali lagi.
Tandakan folder sebagai kegemaran
Pergi ke app Fail
pada iPhone anda.
Buka lokasi, sentuh dan tahan folder, kemudian ketik Kegemaran.
Untuk mencari Kegemaran, ketik Layari.