Padam iPhone
Anda boleh memadamkan maklumat peribadi, kandungan dan seting anda secara selamat (seperti seting privasi dan rangkaian) daripada iPhone anda. Apabila anda memadamkan iPhone anda, ia dipulihkan ke seting kilang. Jika anda mahu mereset seting iPhone anda tetapi menyimpan kandungan peribadi anda, lihat Reset seting iPhone kepada seting lalai.
![Skrin Padam iPhone ini.](https://help.apple.com/assets/67104C956810595555038D9A/67104C9D2EEB5C79B1030278/ms_MY/559ec1a74ff82403cfd2b3a698e20204.png)
Sebelum anda bermula
Sandarkan iPhone anda supaya anda boleh memulihkan data anda kemudian pada peranti berbeza.
Padam iPhone menggunakan Seting
Pergi ke Seting
> Umum > Pindahkan atau Reset iPhone.
Ketik Padam Semua Kandungan dan Seting.
Jika diminta, masukkan kod laluan iPhone atau kata laluan Akaun Apple anda.
Ketik Teruskan untuk mengesahkan.
Jika anda mempunyai eSIM, anda boleh memilih untuk memadamkan eSIM anda atau menyimpannya. Jika anda memadamkan eSIM, anda perlu menghubungi pembawa anda untuk mengaktifkan semula pelan selular anda.
Padamkan iPhone menggunakan Mac atau peranti Windows anda
Sambungkan iPhone anda ke komputer anda dengan kabel USB atau USB-C.
Pada Mac anda, klik
untuk membuka tetingkap Finder, atau buka app Peranti Apple pada peranti Windows anda.
Jika Mac anda menggunakan macOS 10.14 atau lebih awal, atau peranti Windows anda tidak mempunyai app Peranti Apple, buka iTunes.
Klik ikon iPhone dalam bar sisi Finder (di bawah Lokasi), kemudian klik Umum di bahagian atas tetingkap.
Klik Pulihkan iPhone, kemudian klik Pulihkan untuk mengesahkan.
Nota: Jika anda mendaftar masuk ke Cari, anda perlu mendaftar keluar sebelum anda boleh klik Pulihkan.
Untuk menyelesaikan masalah, lihat artikel Sokongan Apple, Pulihkan iPhone, iPad atau iPod touch anda ke seting kilang.