Gunakan Apple Card pada iPhone
Apple Card (tersedia di A.S.) ialah kad kredit yang dicipta oleh Apple dan direka bentuk untuk membantu anda menjalani kehidupan kewangan yang lebih sihat. Anda boleh mendaftar masuk untuk Apple Card dalam app Wallet pada iPhone dalam masa beberapa minit dan mula menggunakannya dengan Apple Pay serta-merta di kedai, dalam app, atau dalam talian di seluruh dunia. Apple Card memberi anda paparan masa nyata yang mudah difahami tentang transaksi terkini dan baki anda dalam Wallet dan sokongan Apple Card tersedia bila-bila masa hanya dengan menghantar teks daripada Mesej.
![Apple Card dalam Wallet menunjukkan butang Lagi di bahagian kanan atas. Di bawah imej kad ialah baki kad, aktiviti mingguan dan butang bayaran. Baki semasa Akaun Simpanan dan transaksi kad terkini berada di bahagian bawah.](https://help.apple.com/assets/67104C956810595555038D9A/67104C9D2EEB5C79B1030278/ms_MY/d1cc3ee661a5d342dfcd7363c2abf914.png)
Mohon Apple Card
Pergi ke app Wallet
pada iPhone anda.
Ketik
, kemudian ketik Mohon Apple Card.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara memohon Apple Card.
Buat pembelian dengan Apple Card
Anda boleh membuat pembelian dengan Apple Card dengan cara berikut:
Dengan Apple Pay: Si terminal bayaran tanpa sentuhan dan dalam app dan di web.
Dengan nombor kad maya: Dalam app Wallet
, ketik Apple Card, kemudian ketik
untuk melihat nombor, tarikh luput dan kod keselamatan kad.
Dengan kad titanium: Di kedai, restoran dan lokasi lain yang belum menerima Apple Pay, gunakan kad fizikal.
Lihat transasksi, buat bayaran dan uruskan Apple Card anda
Pergi ke app Wallet
pada iPhone anda.
Ketik Apple Card.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Semak perbelanjaan anda: Skrol ke bawah untuk melihat transaksi terbaru atau ketik
untuk mencari. Ketik Aktiviti Mingguan atau Aktiviti Bulanan untuk melihat perbelanjaan anda bagi tempoh tersebut.
Lihat artikel Sokongan Apple Lihat sejarah perbelanjaan Apple Card anda
Buat bayaran satu kali atau jadualkan bayaran automatik. Ketik butang bayaran. Lihat artikel Sokongan Apple Cara membuat bayaran Apple Card.
Lihat nombor kad maya: Ketik
untuk melihat nombor, tarikh luput dan kod keselamatan kad.
Uruskan akaun anda: Ketik
untuk menyemak ganjaran dan tawaran, melihat butiran akaun, menghubungi sokongan, uruskan pemberitahuan dan banyak lagi.
Petua: Tambah widget Apple Card ke Skrin Utama anda untuk melihat baki, kredit tersedia dan aktiviti perbelanjaan anda sekilas pandang.