Sediakan iCloud Drive pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud Drive pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan komputer Windows anda dan di iCloud.com. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud Drive, lihat Pastikan fail anda dikemas kini dan kongsikan fail tersebut dengan iCloud Drive.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang anda tidak daftar masuk dengan Apple ID anda atau yang mematikan iCloud Drive, anda tidak akan dapat mengakses fail anda pada peranti tersebut.
Sediakan iCloud Drive pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Pada iPhone, iPad atau iPod touch, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
iOS 16, iPadOS 16 atau terkini: Ketik iCloud Drive, kemudian hidupkan Segerakkan [peranti] ini.
iOS 15, iPadOS 15 atau terdahulu: Hidupkan iCloud Drive.
Senarai app tertera di bawah iCloud Drive. Apabila anda menghidupkan app, app tersebut boleh menyimpan data di iCloud.
Untuk melihat fail dan folder iCloud Drive anda, buka app Fail dan pergi ke bahagian iCloud Drive.
Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan iCloud Drive pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, lihat daripada yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Kongsi fail dan folder di iCloud Drive pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Kongsi fail dan folder di iCloud Drive pada iPad
Panduan Pengguna iPod touch (iOS 15 atau terdahulu): Kongsi fail dan folder di iCloud Drive pada iPod touch
Sediakan iCloud Drive pada Mac anda
Pad Mac, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13.3 atau terkini: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, klik iCloud Drive, kemudian hidupkan Segerakkan Mac ini.
macOS 13 hingga 13.2: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, klik iCloud Drive, klik Hidupkan, kemudian klik Pilihan.
macOS 12 atau lebih awal: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, klik iCloud, pilih iCloud Drive, kemudian klik Opsyen.
Pilih atau hidupkan mana-mana yang berikut:
Folder Desktop & Dokumen: Apabila anda memilih atau menghidupkan opsyen ini, anda boleh mengakses fail pada desktop anda dan dalam folder Dokumen pada sebarang peranti yang telah menghidupkan iCloud Drive. Lihat artikel Sokongan Apple Tambah fail Desktop dan Dokumen ke iCloud Drive.
App: Apabila anda memilih atau menghidupkan aplikasi, app boleh menyimpan data dalam iCloud. (Jika app tidak ditunjukkan, klik Penyegerakkan App kepada iCloud Drive.)
Untuk melihat fail dan folder iCloud Drive anda, buka Finder, kemudian klik iCloud Drive di bar sisi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan iCloud Drive pada Mac anda, lihat Kendalikan folder dan fail dalam iCloud Drive dalam Panduan Pengguna macOS.
Sediakan iCloud Drive pada komputer Windows anda
Jika anda belum memiliki app ini, dapatkan iCloud untuk Windows. Lihat artikel Sokongan Apple Muat turun iCloud untuk Windows.
Pada komputer Windows, buka iCloud untuk Windows.
Pilih iCloud Drive, kemudian klik Guna.
Untuk melihat fail dan folder iCloud Drive anda, buka Penjelajah Fail, kemudian klik iCloud Drive di anak tetingkap Navigasi.
Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan iCloud Drive pada komputer Windows anda, lihat Lihat, tambah atau keluarkan fail iCloud Drive di iCloud untuk Windows dan Kongsi fail dan folder iCloud Drive di iCloud untuk Windows dalam Panduan Pengguna iCloud untuk Windows.
Gunakan iCloud Drive di iCloud.com
Anda boleh mengakses fail iCloud Drive anda dalam pelayar web pada telefon, tablet atau komputer.
Pergi ke icloud.com/iclouddrive dan daftar masuk dengan Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan iCloud Drive di iCloud.com, lihat daripada yang berikut:
Pada telefon: Gunakan iCloud Drive di iCloud.com
Pada tablet: Gunakan iCloud Drive di iCloud.com
Pada komputer: Gunakan iCloud Drive di iCloud.com
Anda juga boleh menyediakan dan menggunakan app Pages, Numbers dan Keynote dengan iCloud.