
Berhenti menggunakan domain tersuai di iCloud.com
Jika anda tidak ingin menggunakan domain e‑mel tersuai dengan iCloud Mail, anda boleh mengeluarkan domain di iCloud.com.
Apabila anda mengeluarkan domain e‑mel tersuai, anda tidak boleh menghantar atau menerima e‑mel untuk sebarang alamat di domain tersebut dalam iCloud Mail. Walau bagaimanapun, sebarang e‑mel yang anda hantar dan terima sebelum anda mengeluarkan domain tersuai akan kekal dalam akaun iCloud Mail anda.
Berhenti menggunakan domain yang anda miliki
Jika anda berhenti menggunakan domain milik anda yang dikongsikan dengan orang lain, mereka juga tidak dapat menghantar atau menerima e-mel dalam iCloud Mail bagi sebarang alamat yang mereka cipta.
Pergi ke icloud.com/icloudplus, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu), kemudian klik Domain E-mel Tersuai.
Petua: Jika anda sudah berada di iCloud.com, anda juga boleh mengklik
dalam bar alat, kemudian klik Domain E-mel Tersuai.
Pilih domain yang anda tidak lagi ingin gunakan.
Skrol ke bawah, klik “Berhenti menggunakan domain ini”, kemudian ikut arahan pada skrin.
Jika anda mengalihkan domain ke pembekal baharu, pastikan anda melakukan perkara berikut:
Pergi ke pendaftar domain anda. Kemas kini rekod domain kepada pembekal e‑mel baharu anda dan keluarkan sebarang rekod berkaitan iCloud.
Sediakan sebarang alamat e‑mel yang anda ingin terus gunakan dengan pembekal baharu anda.
Tinggalkan domain yang dikongsi dengan anda
Jika anda meninggalkan domain, semua alamat e‑mel anda akan dipadamkan. Sebarang e‑mel yang dihantar ke alamat tersebut akan dikembalikan kepada pengirim.
Pergi ke icloud.com/icloudplus, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu), kemudian klik Domain E-mel Tersuai.
Pilih domain yang anda mahu berhenti menggunakan.
Klik Tinggalkan Domain, kemudian klik Tinggalkan.
Apabila anda mengeluarkan domain e‑mel tersuai, anda masih boleh menghantar dan menerima e‑mel dari alamat @icloud.com utama anda dan sebarang alias iCloud Mail yang anda cipta.