Semak storan iCloud anda pada sebarang peranti
Anda boleh melihat graf jumlah storan iCloud yang anda gunakan serta app dan ciri yang menggunakan paling banyak storan pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau komputer Windows anda.
Anda akan mendapat 5 GB storan percuma secara automatik. Anda boleh mendapat lebih banyak storan apabila anda menaik taraf ke iCloud+.
Perihal kategori storan iCloud
Anda mungkin melihat kategori berikut dalam penunjuk storan:
Sandaran: Sandaran iCloud iPhone, iPad atau iPod touch. Lihat Apakah Sandaran iCloud?
Keluarga: Jumlah storan yang digunakan oleh ahli keluarga jika anda berkongsi langganan iCloud+ dengan kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Lihat Gunakan iCloud+ dengan keluarga anda.
Mail: Mel daripada alamat Mail iCloud dan alamat domain tersuai anda. Lihat Hantar dan terima Mail iCloud pada semua peranti anda dan pastikan seting Mail dikemas kini dan Peribadikan Mail iCloud dengan domain e-mel tersuai dan kongsikan dengan pengguna lain.
Mesej: Mesej yang anda hantar dan terima menggunakan iMessage dan sebarang lampiran. Lihat Pastikan mesej anda dikemas kini dengan iCloud.
Foto dan Video (atau Foto): Foto dan video yang disimpan dalam Foto iCloud. Lihat Kongsi foto dan video dan pastikan semuanya terkemas kini dengan iCloud.
Dokumen (atau Docs): Fail dan maklumat yang disimpan dalam iCloud Drive, serta data daripada app lain yang tidak disenaraikan di atas—sebagai contoh, Nota, Peringatan, Kesihatan dan app pihak ketiga. Untuk mengetahui tentang app yang boleh menyimpan maklumat dalam iCloud, lihat App dan ciri yang menggunakan iCloud.
Lain‑lain: Anda mungkin melihat Lain‑lain pada peranti dengan skrin yang lebih kecil kerana ruang tidak mencukupi untuk menyenaraikan semua kategori. Biasanya, tiga kategori storan terbesar anda menunjukkan nama kategorinya yang tepat dan selebihnya kategori anda dikumpulkan dalam Lain‑lain.
Semak storan iCloud anda pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Graf bar menunjukkan keseluruhan penggunaan storan anda.
Ketik Urus Akaun Storan atau Urus Storan untuk lebih banyak butiran.
Di bawah graf, terdapat senarai app dan ciri serta jumlah storan iCloud yang digunakan oleh app dan ciri tersebut. App dan ciri yang menggunakan paling banyak storan terletak di bahagian atas senarai. Anda boleh mengetik app atau ciri untuk maklumat lebih lanjut.
Semak storan iCloud anda pada Mac anda
Pada Mac anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13 atau terkini: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, kemudian klik iCloud.
macOS 12 atau lebih awal: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Apple ID, klik kemudian pilih iCloud.
Bar storan menunjukkan keseluruhan penggunaan storan anda.
Klik Urus untuk butiran lebih lanjut.
Senarai app atau ciri ditunjukkan, serta jumlah storan iCloud yang digunakan. App dan ciri yang menggunakan paling banyak storan terletak di bahagian atas senarai. Anda boleh mengklik app atau ciri untuk maklumat lanjut.
Semak storan iCloud anda pada komputer Windows anda
Pada komputer Windows anda, buka iCloud untuk Windows, kemudian skrol ke bawah ke graf bar untuk melihat penggunaan storan keseluruhan anda.
Klik Urus untuk butiran lanjut.
Di sebelah kiri, senarai app atau ciri ditunjukkan, berserta jumlah storan iCloud yang digunakan. App dan ciri yang menggunakan paling banyak storan terletak di bahagian atas senarai. Anda boleh mengklik app atau ciri untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh menyemak storan iCloud anda di iCloud.com.