
Sediakan iCloud untuk Keynote pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan Keynote pada iPhone, iPad dan Mac anda dan di iCloud.com. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Bekerjasama pada pembentangan Keynote dan pastikan pembentangan tersebut dikemas kini dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang anda tidak daftar masuk dengan Apple ID anda atau yang mematikan ciri iCloud Drive dan Keynote, anda tidak akan dapat mengakses pembentangan anda yang disimpan dalam iCloud pada peranti tersebut.
Sediakan iCloud untuk Keynote pada iPhone atau iPad anda
Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Hidupkan iCloud Drive.
Skrol ke bawah, kemudian hidupkan Keynote.
Untuk melihat pembentangan Keynote yang disimpan dalam iCloud, buka app Fail, ketik iCloud Drive di bawah Lokasi, kemudian pergi ke folder Keynote atau folder lain yang mengandungi pembentangan Keynote.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Keynote dan iCloud pada iPhone atau iPad anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna Keynote untuk iPhone: Gunakan iCloud Drive dengan Keynote pada iPhone atau Bekerjasama pada pembentangan dikongsi dalam Keynote pada iPhone.
Panduan Pengguna Keynote untuk iPad: Gunakan iCloud Drive dengan Keynote pada iPad atau Bekerjasama pada pembentangan Keynote dikongsi pada iPad.
Sediakan iCloud untuk Keynote pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian klik iCloud.
Pilih iCloud Drive.
Klik butang Pilihan, kemudian pilih Keynote.
Untuk melihat pembentangan Keynote yang disimpan dalam iCloud, buka Finder, klik iCloud Drive dalam bar sisi, kemudian pergi ke folder Keynote atau folder lain yang mengandungi pembentangan Keynote.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Keynote dan iCloud pada Mac anda, lihat Gunakan iCloud Drive dengan Keynote pada Mac atau Bekerjasama pada pembentangan Keynote dikongsi pada Mac dalam Panduan Pengguna Keynote untuk Mac.
Guna Keynote di iCloud.com
Anda boleh mengedit dan bekerjasama pada pembentangan Keynote dalam pelayar web pada komputer.
Pergi ke icloud.com/keynote dan daftar masuk dengan Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Keynote di iCloud.com pada komputer anda, lihat Panduan Pengguna Keynote untuk iCloud.