
Padam dan pulihkan foto dan video di iCloud.com
Apabila anda memadamkan foto atau video dari Foto di iCloud.com, ia turut dipadamkan dari semua peranti anda yang menghidupkan iCloud Drive. Jika anda berubah fikiran, anda mempunyai 30 hari untuk memulihkannya sebelum ia dipadamkan secara kekal.
Padam foto dan video
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih foto atau video yang anda mahu padam, atau dwiklik satu foto atau video tunggal.
Klik
, kemudian klik Padam.
Foto dan video yang dipadamkan akan dipindahkan ke album Terbaru Dipadamkan.
Untuk memadamkan foto atau video secara kekal sebelum foto atau video dipadamkan secara automatik, pergi ke album Terbaru Dipadamkan, pilih item yang anda ingin padamkan, kemudian klik Padam.
Lihat juga Padam foto atau video daripada pustaka anda yang dikongsi.
Pulihkan foto dan video
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik album Terbaru Dipadamkan di bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik
.
Pilih foto atau video yang anda ingin pulihkan, kemudian klik Pulihkan.
Ketahui cara menggunakan Foto iCloud di iCloud.com pada telefon atau tablet.