Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Import, eksport atau cetak kenalan di iCloud.com
Anda boleh mengimport atau mengeksport kad maya, dipanggil vCard. vCard mengandungi maklumat kenalan untuk satu atau lebih kenalan. Anda juga boleh mencetak senarai kenalan.
Nota: Anda perlu menggunakan tablet atau komputer untuk menggunakan Kenalan di iCloud.com.
Import vCard
Jika vCard mengandungi maklumat kenalan untuk lebih dari satu individu, setiap kenalan menjadi kemasukan yang berasingan.
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di sebelah kanan, kemudian pilih Import Kenalan.Pilih vCard untuk diimport.
Kenalan daripada vCard yang diimport ditambahkan kepada senarai Semua Kenalan. Anda boleh menambahkan kenalan kepada sebarang senarai lain dengan menyeret kenalan itu. Lihat Cipta dan urus senarai kenalan di iCloud.com.
Eksport vCard
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Lakukan salah satu yang berikut:
Eksport satu kenalan: Pilih kenalan dalam senarai kenalan.
Eksport berbilang (tetapi bukan semua) kenalan: Pada komputer sahaja, tekan dan tahan Command (pada komputer Mac) atau Control (pada peranti Windows), kemudian klik setiap kenalan yang ingin dieksport.
Eksport semua kenalan: Pilih
di bahagian atas senarai, kemudian pilih Pilih Semua Kenalan.
Pilih
di sebelah kanan, kemudian pilih Eksport vCard.Jika anda memilih berbilang kenalan, Kenalan akan mengeksport satu vCard tunggal yang mengandungi semua kenalan.
Petua: Anda boleh mengeksport semua kenalan anda sebagai satu vCard dan menggunakannya sebagai sandaran. Pilih
di bahagian atas senarai kenalan, pilih Pilih Semua Kenalan, kemudian ikut arahan di atas untuk mengeksport vCard.
Cetak senarai kenalan
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di bahagian atas senarai kenalan, kemudian pilih Pilih Semua Kenalan (atau pilih berbilang kenalan jika anda ingin mencetak beberapa, tetapi bukan semua, kenalan anda).Pilih
, kemudian pilih Cetak Kenalan.